actions speak louder than words

Tuesday, November 30, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, November 30, 2010 in , , | No comments
Salam.

Setelah bermukim selama lebih kurang 7 hari di Banda Aceh ini, tibalah masanya untuk berangkat pulang. Banyak pengalaman pahit manis di sini. Bak kata cerdik pandai jauh perjalanan luas pemandangan.

Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda yang berdiri teguh dengan kubah-kubahnya (laksana masjid) itu seolah-olah menggamit sesiapa saja untuk kembali semula ke Tanah Serambi Mekah, Bumi Rencong ini.

Saya tinggalkan Banda Aceh dengan berita hangat bahawa Bapak SBY akan hadir ke sana merasmikan satu kem (pengakap kalau tak silap saya). Jalan-jalan mula di'tawan' oleh tentera-tentera dan kenderaannya (macam situasi darurat pulak lagaknya).

Hangat juga apabila Gabenor Aceh Bapak Irwandy Yusoff memberikan amaran akan mem'blacklist'kan kontraktor-kontraktor yang terlibat jika gagal menyiapkan prasarana di kem tersebut sebelum hadirnya Bapak SBY (Presiden Indonesia).

Lagi hangat isu memperlecehkan al-Quran dengan 'gaya mengail' di salah satu kursus motivasi 'bina diri' khabarnya. Nanti saya perincikan dengan Bapak Azhar di Banda Aceh.

Insyaallah.

Saturday, November 27, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 27, 2010 in , , , | No comments
Salam dari Banda Aceh.

Jika dalam posting-posting saya sebelum ini banyak menyatakan kekaguman, memuji dan mewar-warkan kebaikan, keramahan, keunikan dan kehebatan bumi Aceh dan penduduknya, saya rasakan wajar juga saya kongsikan beberapa perihal yang tak enak dilihat tentang pi'il atau suasana di sini dan pada pandangan peribadi saya perlu diperbaiki sebaik-baiknya untuk mengekalkan tradisi Aceh Serambi Mekah.

Antaranya :

  1. Rakyat Aceh sebahagiannya masih mengamalkan kepercayaan tahyul dan khurafat, terlalu mendewa-dewakan alim ulamak sehinggakan ada yang memasang hajat, bernazar, di kubur-kubur keramat, menyambut hari kebesaran atau pesta (eq : 3 hari kenduri laut) untuk memohon restu, penambahan rezki dan kelebihan kedamaian, walaupun di sini sentiasa ada peringatan dan penguatkuasaan syar'ie dan 'mewah' dengan SMA, dayah, meunasah dan pasantrennya.
  2. Cara pemakaian gadis-gadis Aceh sudah banyak berubah : ramai dilihat lebih senang mengenakan seluar ketat, berbaju sendat dan bertudung singkat walaupun dikhabarkan penguatkuasaan untuk pemakaian seluar ketat bagi si gadis ini sering dilakukan.
  3. Rasanya hampir kesemua pria di sini merokok. Iklannya disegenap ceruk e.q : di kaca-kaca TV, kedai makan (jadi penaja bagi kedai), bunting di pekan-pekan, billboard dan papan iklan seakan mengiktiraf dan mengalu-alukan amalan merokok ini.
  4. Sebahagian aktiviti di sini amat berorientasikan wang. e.q parkir, troli airport dll.
  5. Khabarnya ramai sungguh yang mengunjungi kedai-kedai kopi sehinggakan bertamu berjam-jam dan bisa menggugat jadual kerja harian.
  6. Banyak kisah sejarah masih lagi tidak didokumentasikan. Dosen yang hebat-hebat, mahir dalam bidangnya, jarang menulis buku dan mengedarkannya atas sebab yang saya sendiri kurang pasti. Kosnya barangkali. Ternyata ianya merugikan apabila tiada sumber lagi untuk dirujuk bila mereka ini ke batu dua.
  7. Kadangkala sukar mendapatkan segelintir maklumat di sini e.q : Ada yang tidak mengetahui di mana letaknya Arsip (Arkib) dan Perpustakaan Daerah, kerana sebahagian penduduknya barangkali tidak ambil kisah (walhal tahun 2011 dikhabarkan tahun melawat Aceh (Banda Aceh) dalam unsur keagamaan (spiritual) .

Namun begitu, bukanlah bermaksud saya memperlekehkan bumi bertuah ini atau jelek dengan penduduknya. Itu cuma pengamatan ikhlas saya. Bahkan di Malaysia pun diakui amat berleluasa dan banyaknya perkara-perkara sebegini bahkan lagi 'ngetop'.

Dari sudut hati terasa sayang jika perihal ini tidak dibendung dan diperbetulkan memungkinkan ianya akan merugikan warisan turun temurun kehebatan Islam dan alim ulamak di bumi Aceh ini.

Bahkan saya berjanji pada diri saya bahawa kunjungan saya ke sini bukanlah yang pertama dan terakhir. InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT sampailah saya lagi di bumi bertuah ini.

amalan menunaikan nazar dan hajat di kuburan 'keramat' Syiah Kuala

mera'ikan perayaan 'kenduri laut' bagi nelayan

Friday, November 26, 2010

Posted by yuss yusoff on Friday, November 26, 2010 in , , | No comments
Salam dari Banda Aceh.

Terasa bersemangat pula saya menulis di blog ini apabila berada di bumi Aceh Tanah Rencong ini. Seakan mahu berkongsi semua detik pahit manis pengalaman singkat saya di sini, walaupun saya tahu ianya agak mustahil.

Mustahil kerana tidak semua yang saya lihat dan alami mampu saya gambarkan dan ungkapkan dalam bentuk tulisan di blog ini. Tambahan pula status kemahiran saya sejujurnya sangat terbatas dalam menceritakan pengalaman pahit manis ini. Maklumlah 'penulis picisan' saja.

Sebelum datang ke Aceh hampir seminggu yang lalu, saya amat khuatir jika menerima layanan yang buruk akibat 'konfrantasi' antara 'Malaysia-Indonesia' dan yang paling menggusarkan sekali perihal malapetaka dan bencana alam yang terus-terusan melanda bumi Indonesia (Papua, Mentawai dan Merapi) mengecutkan lagi perut pedal saya.

Alhamdulillah selama 6 hari 'berkampung' di sini, jangkaan saya meleset sama sekali. Layanan rakyat Aceh cukup mendamaikan, penuh senyuman dan ramah mesra, dari pelayan hotel, pemandu becak dan labi-labi sehinggalah penjaga kasier di pasaraya dan toko-toko. Keramahanan mereka amat melegakan orang yang berwisata seperti saya ini.

Sehinggakan saya dengan mudah mengingati beberapa perkataan dalam bahasa Aceh seperti boh, hije, sepluh, dosen, permen, capli, sera, kue dan lain-lainnya. Ajaibnya nama-nama jalan di pekan Banda Aceh ini segelintirnya sudah dalam ingatan saya (sesuatu yang biasanya sukar buat saya hatta di bumi Malaysia sendiri) .

Banyak perkara yang mengagumkan saya :

Kagumnya bila azan dilaungkan 'berderu-deru' masyarakat Aceh mengunjungi masjid-masjid yang berselerakan di sini untuk kefardhuan solat.

Kagumnya bila azan dilaungkan semua toko (kedai) dimestikan tutup sebagai menghormati waktu maghrib (tanpa mengira kedai muslim atau tidak). Ada WAHI yang mengawasnya dan dibuka semula 1 1/2 jam selepas itu. Bahkan ada yang langsung tutup dan dibuka keesokannya.

Kagumnya apabila pemandu-pemandu mobil, sepmor, becak, labi-labi dan lain-lain akan saling memberi laluan apabila mendengar hon dari kenderaan yang lain, walaupun pemandu itu dari jalan lurus akan tetap membrek kenderaan untuk mereka yang keluar simpang (kalau di Malaysia confirm 'hon maki hamun' akan kedengaran) .

Alangkah bahagianya bila ini terjadi di bumi Malaysia. Tapi bila ya?

suasana di sekitar Pasar Atjeh apabila menjelang azan maghrib
(semua toko ditutup)

sepmor menguasai jalan-jalan di sini, bersaing dengan kijang avanza, innova, xenia dan lain-lain

Thursday, November 25, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, November 25, 2010 in , , | No comments
Salam.

Saya perhatikan kehidupan penduduk sekitar Banda Aceh ini (khususnya yang menetap di luar bandar dan bekerja sendiri) amat kreatif dan oppurtunis dalam meneruskan kehidupan (mencari rezeki).

Kebanyakan mereka dilihat berusaha keras dengan menjalankan urusniaga kedai makan dan perusahaan yang lain seperti membuat bata (seperti yang saya fotokan di bawah). Depan hotel saya menginap (hadapan rumah sakit umum yang dibiayai oeh kerajaan Jerman) kedai makan dibuka bermula selepas maghrib sehingga ditutup subuh esoknya.

Apa yang menariknya, dalam perjalanan dan penemuan saya, ditakdirkan Allah SWT saya telah menemui seorang yang dulunya amat rapat dengan Saifuddin Nasution, Datuk Sallehuddin Hussin dan DS Anwar Ibrahim (orang kuat PKR) semasa beliau di Malaysia sekitar 3 & 4 tahun yang lepas dan pernah terlibat menjalankan Taman Safari di Pahang serta pernah tulang belakang Synergy.

Apa yang mengagumkan saya beliau (Bapak Maimun Shahrizal Cut Adek @ Yunus) sangggup meninggalkan kelebihan dan pengaruh politik serta kuasa yang ada dan kembali menetap di kawasan yang agak jauh dari pekan Banda Aceh dan menjalankan satu perusahaan (bata) untuk kemanusiaan masyarakat Aceh (perusahaan membuat bata) dengan bantuan badan NGO dari Amerika Syarikat.

Bahkan semasa kedatangan saya, beliau tengah bermesyuarat dengan beberapa sukarelawan Amerika yang hadir ke pejabat beliau (sehinggakan saya terpaksa menunggu agak lama juga) . Bila saya menyoal kenapa tinggalkan kesemua kelebihan yang beliau ada di Malaysia, beliau hanya tersenyum sambil menjawab pendek : tunggulah reda dulu.

Salah seorang sukarelawan dari Kentucky Amerika bertanyakan saya dalam bahasa Inggeris (walaupun beliau teramat fasih berbahasa Indonesia) : Have we met before? Your face look familiar? saya cuma jawab : I guess so. Saya cuma tersengih, biar betul Mat Salleh ni.

papan tanda pejabat pelatihan pembangunan masyarakat

suasana pejabat yang mendamaikan
(bangunan pejabat dibina dari batu bata gajah (BBG) yang dihasilkan sendiri

pengurus pusat ini : Bapak Maimun Cut Adek @ Shahrizal Yunus

penghasilan batu bata gajah (BBG) dan siar kaki

sebahagian sukarelawan Amerika (yang fasih berbahasa Indonesia) selesai bermesyuarat
(di sebelah kanan mr. Coleman, sebelah kiri tak sempat tanya nama)

Wednesday, November 24, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, November 24, 2010 in , , , , | No comments
Salam. Gambarnya baru boleh diupload bila guna explorer.

papan tanda baru

papan tanda dayah yang lama


pengasas kepada dayah Darul Ihsan ini. Tgk. Haji Hasan Krueng Kalee

penerangan di makam Tgk. Haji Hasan Kreung Kalee

papan tanda perihal peribadi beliau

suasana pembelajaran 'talaqqi ' di sini

pembelajaran kitab lama (turats) dalam kelas

bangunan masjid sumbangan Turki (iras-iras Masjid Biru Turki)

bangunan kelas dan pejabat pentadbiran






























Posted by yuss yusoff on Wednesday, November 24, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

Sebelum datang ke Aceh, saya telah berhajat menziarahi pasantren atau pondok di sini. Jika tak dapat banyak satu pun jadilah.

Alhamdulillah hari keempat di sini, saya berkesempatan mengunjungi salah satu pasantren (tradisi+moden) melalui salah seorang kenalan iaitu (Bapak Miftachuddin Cut Adek) salah seorang waris keturunan kepada pengasas pasantren Dayah Terpadu Darul Ehsan, Desa Siem, Darussalam, Aceh Besar.

Pasantren ini telah diasaskan oleh seorang ulamak besar dan guru umat terkenal di sini dan seantero Melayu iaitu Teungku Haji Muhammad Hasan Krueng Kalee (1886 - 1973). Sekarang pondok ini diterajui oleh salah seorang cucunya iaitu Bapak Muhammad Faisal Sanusi sekaligus merangkap Sektarias Yayasan Darul Ehsan Teungku Haji Hasan Krueng Kalee.

Pasantren ini menjalankan pengajian di sebelah pagi (8.00) dan malam (selepas maghrib) dan sekarang mempunyai lebih kurang 78 guru dengan jumlah pelajar dikatakan hampir mencecah 1000 orang. Guru di sini ada yang berkhidmat dengan kerajaan RI dan sebahagian lagi dibiayai oleh yayasan.

Sebahagian bangunan di sini disumbangkan oleh pihak luar seperti bangunan kelas oleh kerajaan China dan bangunan masjid oleh kerajaan Turki. Begitulah, kerana peristiwa tsunami 6 tahun lepas memungkinkan rakyat Aceh merasai nikmat-nikmat pembangunan.

Malangnya saya tak berkesempatan bertemu dengan Bapak Muhammad Faisal Sanusi kerana beliau mempunyai beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Insyaallah jika diperkenankan Allah SWT dan berkelapangan saya akan samapai lagi di bumi Aceh ini untuk ke pasantren yang lain pula.

(maaf gambarnya tak boleh diupload - entah apa musykilnya)

Tuesday, November 23, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, November 23, 2010 in , , , | No comments
Salam dari Banda Aceh.

Semoga berjaya kepada semua calon-calon yang akan dan sedang menduduki peperiksaan SPM di Malaysia, khususnya anak-anak murid di SM Sains Kubang Pasu.

Good Luck & All The Best.

Monday, November 22, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, November 22, 2010 in , , | No comments
Salam.

Hari ke 3 di Banda Aceh. Aktiviti padat juga tapi cuma menjadi pembantu kepada isteri meneruskan urusan menemuduga beberapa pensyarah dan ketua jabatan di Universiti Syiah Kuala, Darussalam, Banda Aceh. Tetiba terasa semangat hendak sambung belajar balik. Insyaallah.

Tengahari ini sempat makan lauk kambing dekat kai makan sekitar UniSyiah. Antara menu special kari kambing, kambing bakar, rojak Aceh, ayam kampung goreng pedas, air timun parut dan lain-lain yang susah sikit nak ingat namanya.

jus timun berparut

daging kambing bakar pedas berkicap + acar Aceh

udang ketak goreng, ayam kampung goreng berlada

kari kambing

Sunday, November 21, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 21, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

Hari kedua di Banda Aceh, cuacanya sangat baik. Agak panas sedikit berbanding semalam. Kini saya semakin mengenali budaya di sini. Satunya jika memandu hon tersangat penting. Jika nak berhenti, belok kanan kiri atau jalan terus di simpang, bunyikan saja hon kenderaan anda, sudah tentu akan dapat laluannya. Bertolak ansurnya orang di sini.

Hari ini dengan kemurahan hati Pak Azhar menjadikan Avanzanya sebagai pengangkutan, saya dengan family sempat mengunjungi beberapa tempat bersejarah sekitar Banda Aceh termasuk Makam Syiah Kuala, Masjid Raya Baiturrahman, Muzeum Negeri (Rumoh Aceh), Makam Sultan Iskandar Muda, Muzeum Tsunami, Taman Edukasi (Kapal Terapung) dan sekitar kawasan yang terkena Tsunami.

Seterusnya menjamu selera di Wong Solo dengan menu Nasi Ayam Penyek Berlada dan Nasi Ayam Panggang pastinya menggecur air liur.

Petangnya sempat ke pusat bandar Banda Acheh sekitar Pasar Atjeh. Berderau darah bila berhimpit dalam beca (dengan bayaran rp15 000 ) yang galak mencilok di tengah-tengah laluan jalan di pusat bandar, sambil drebarnya berkali-kali membunyikan hon mohon laluan. Sehinggakan anak saya yang tersedia takutkan motor tetiba menangis sambil mengajak balik Changlun.

Menarik sekali di pusat bandar ini, apabila azan maghrib nak dikumandangkan semua kedai dimestikan tutup dan akan dibuka semula 1 1/2 jam selepas itu. Ada 'polis syar'ie' yang mengarahkannya sambil membunyikan wisel. Semua pekedai patuh, kagumnya.

Malangnya kami tak sempat menerjah banyak toko di sini kerana hari ini (Ahad) merupakan cuti mingguan, berkebetulan pula dengan sambutan lebaran, jadi kedai memang tak banyak yang berurusniaga. Namun begitu lenguh kaki juga bila keluar masuk kedai yang dibuka.

Makan Syiah Kuala
(sedang dinaiktarafkan)

di antara makam yang ada di sini
(nesannya sama bentuk seperti yang dijumpai di Kedah)

mereka yang membayar nazar dan memasang niat (tengah mengambil wudhuk dengan bantuan bapanya) - antara amalan syirik dan khurafat yang masih diamalkan di sini.

Rumoh Aceh
(kebetulan pula ada pengantin tengah posing, jadi snap aje la)

loceng yang dikatakan dihadiahkan oleh kerajaan China

makam Sultan Iskandar Muda
(pemerintah kebanggaan orang Aceh)
Posted by yuss yusoff on Sunday, November 21, 2010 in , , | No comments
Salam.

Alhamdulillah saya, isteri dan anak selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Aceh jam 1.45 waktu tempatan (sedih juga terpaksa tinggalkan anak kedua kami di Malaysia atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan) walaupun lewat 10 minit berlepas dari waktu sepatutnya (jam 1.10 petang) dari Bayan Lepas.

Hujan gerimis di LT Sultan Iskadar Muda seakan-akan mengalu-alukan kami. Dengarnya sudah hampir seminggu hujan berterusan cuma tidak lebat sahaja.

Kami disambut ceria oleh sahabat saya En Azhar dan keluarga dan dijamu makan lauk bebek (itik) dan ayam kampung di Rumah Makan Masam Keu'eung. Boleh tahan rasanya.

Sekali pandang kagum juga dengan suasana dan pembangunan di Banda Aceh ni. Bangunan kedai dan rumahnya kemas dengan rekabentuk moden, pemanduannya sangat sopan berbanding di Malaysia. Bandarnya juga bersih cuma tak banyak yang dibuka kerana masih meraikan lebaran.

Dalam perjalan ke hotel sempat juga melalui kawasan perkuburan mangsa tsunami, muzium tsunami dan masjid kebanggaan rakyat Aceh Masjid Raya banda Aceh Baiturrahman, cuma tak berkesempatan singgah sahaja. Nantilah.

Kami menginap di Hotel Kuala Radja untuk sementara waktu. Access internet di hotel ini agak terhad tak terjangkau di aras 3 (WIFI sesuatu yang menjadi kemestian di sini, WIFI di mana-mana).

Memudahkan komunikasi, kami membeli starter pack 'simPATI'. Kena biasakan diri dengan istilah ulang pulsa, kartu, tukaran rupiah ke ringgit. Keliru juga sekali sekala. Apa yang pentingnya tiada yang murah di sini.

rumah makan yang kami singgah dalam per jalanan ke hotel

anak saya ceria dapat 'geng' baru

depan hotel Kuala Radja

pandangan keluar dari bilik hotel

kad sim baru sekitar RM1.80 sen (murahkan)


Thursday, November 18, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, November 18, 2010 in , | No comments
Salam.

Dalam kesibukan meraikan hari lebaran Eiduladha, insyallah saya bersama-sama isteri dan anak akan berangkat ke Aceh 20 November ini atas beberapa urusan disamping menziarahi sahabat di sana. Semoga dipermudahkan Allah SWT. Amiin.

Monday, November 15, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, November 15, 2010 in , , , | No comments
Salam.

TAHNIAH dan SYABAS kepada sekolah-sekolah harian menengah dan rendah di Trengganu. Baca DI SINI kerana mengorak langkah penuh bergaya memartabatkan pembacaan al-Quran di sekolah.

Walaupun amalan ini bukan yang pertama dilaksanakan (kerana semasa saya di SMK (A) Falahiah, Pasir Pekan Kelantan (1989-1994) dulu amalan ini telah di praktikkan, begitu juga semasa di SMK Derma, Kangar Perlis (2006-2009) juga ada praktiknya (walaupun hanya di musim peperiksaan).

Akan tetapi kesungguhan dan keinginan menjunjung kasih, mempraktikkan 'Kalam Allah' yang Maha Hebat bermula dari 'akar umbi' sewajarnya dipuji. Begitu juga rancangan peng'imarahan masjid secara maksimum bermula dari usia pelajar memungkinkan masjid tidak hanya berbilang tiang berbanding makmum.

Bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam al-Baqarah 152, maksudnya :

"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku".
Posted by yuss yusoff on Monday, November 15, 2010 in , , | No comments
Salam.

Malam tadi sekitar jam 8 telah diadakan satu Majlis Makan Malam Tahunan (Tahunan) yang lebih kepada meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM nanti sekaligus meninggalkan alam persekolahan di SMS Kubang Pasu ini.

Majlis ini diserikan juga dengan Anugerah Sistem Rumah yang banyak memihak kepada rumah Gamma (Anugerah Akademik dan Koku) dan Lamda (Sakhsiah dan 3K) yang akhirnya menobatkan Gamma sebagai penerima Anugerah Keseluruhan Terbaik. (Macamana Gamma boleh menggondol hadiah sedemian rupa? Kena ada 'Badan-badan NGO' untuk pemantauan ni.. he he)

Antara tetamu jemputan yang hadir menyerikan majlis dan menyampaikan hadiah ialah YDP PIBG SMSKP En Yusoff (Pensayarah Kanan IPDA).

sebahagian warga smskp yang hadir

putera lamda

puteri beta

ikan yang dah digodek

satay sejuk yang tak bersentuh

Sunday, November 14, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 14, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Hmm termenung seketika bila baca artikel dalam utusan online . Baca DI SINI . (tajuknya sama macam yang di atas). Lalu saya terfikir, kalau betul begitu, nampak gayanya pengurusan SBP yang dah banyak meningkat (dari Unit menjadi Sektor dan berubah lagi menjadi Bahagian), sudah terpesong dari matlamat asal?

Jika benar terpesong, sudah berapa lama? Jika tidak mahu dikatakan terpesong, kenapa dibenarkan berlaku sedemikian? (dibenarkan pelajar 'cream' yang kaya-raya menghuni SBP-SBP di Malaysia) Mungkin Ketua Pengarah Pelajaran baru ada jawapannya!

Apa yang penting nikmat yang teramat banyak di SBP-SBP ini (elaun makan saja dag berbelas ringgit satu hari) menjadi berharga jika dimanafaatkan untuk anak bangsa tanpa mengira miskin dan kaya.

Sunday, November 07, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 07, 2010 in , , | No comments
Salam.

Terkejut juga kemarin, bila sampai je kat stesyen minyak sekitar Changlun (ada 4 buah kesemuanya) semuanya ditandakan dengan kon-kon merah, menggantikan deretan kereta pada hari-hari biasa sebelum ini. Wah hebat juga penangan 'bah' kali ini, semuanya menjadi kalut. Dalam Utusan pun ada dilaporkan DI SINI.

Katanya bekalan tidak dapat sampai ekoran penutupan jalan-jalan yang menghubungkan Alor Setar-Changlun, Alor Setar-Kangar menjangkau hari ke 3. Berita baiknya berkemungkinan hari ini bekalan akan pulih seperti biasa pada hari ini. Mudah-mudahan.

Itu baru sikit dugaan Allah SWT di Malaysia ni, ketika bersembang dengan rakan saya (En Azhar dari Banda Acheh, yang menyambung pengajiannya Phdnya di UUM) semasa beliau hadir ke rumah saya malam tadi, beliau menyebut kekalutan di Jogya dan Bandung (akibat merapi dan tsunami) lagi dahsyat berbanding di Malaysia.

Emm begitula suasananya bila kita sedang asyik leka dibuai kemewahan, tetiba musibah datang, tak tergantung lagi fahaman kita kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.

Saturday, November 06, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 06, 2010 in , , , , | No comments
depan kedai mamak seven star

jalan Sintok

PLUS Highway ke Bukit Kayu Hitam

ke Kodiang

PLUS Highway ke Alor Setar

aked MARA

jalan ke Kodiang

pasar Changlun





Tuesday, November 02, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, November 02, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Selepas peristiwa taufan di Jejawi Arau, Perlis, kini negeri-negeri di utara tanahair terutamanya Kedah Perlis mula mencongak waktu untuk menghadapi banjir.

Hujan yang turun tanpa henti sepanjang 3 hari menyebabkan banyak jalan utama, tak terkecuali juga jalan-jalan kampung yang menghubungkan pekan-pekan seperti Changlun dan Jitra tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. 4 WD dan lori je la yang mantap.

Dalam perjalanan balik dari sekolah jam 3.00 petang kemarin, saya terperangkap hampir 2 jam di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Changlun, sebabnya jalan di hadapan SK Dato Wan Kemara dan Balai Polis Changlun sudah mencecah paras pinggang. Ada la satu dua kereta yang 'parking' depan kedai mamak 7 Star jadi 'korban' kali ni.

Setelah 2 jam menunggu tiada perubahan, juga terpaksa u-turn balik ikut jalan Charok Mokkan-Batu 9-Titi Kerbau-PLUS baru sampai rumah. Nasib baik rumah saya di Taman Kempas ni selamat. Alhamdulillah.

Dikhabarkan juga Konvokesyen UUM ke 23 untuk sesi 5 dan 6 telah dibatalkan, kemungkinan akan ditunda ke tahun hadapan. Kesiannya. Apapun Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter