Program atau Data E-Sarana ini asalnya dari Bahagian Pengurusan Sekolah harian KPM tetapi telah mula 'menular' ke Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kecemerlangan KPM. Senang cakap semua sekolah terlibat.
Program rintis yang bermula sejak 17-21 Mac yang lalu di Sabah, Johor dan Selangor telah diperluaskan ke seluruh negeri di Malaysia. Jadi pengisian data bermula dari 10 April hingga 29 Jun 2014 mengikut ketetapan untuk negeri masing-masing.
Bagi negeri Kedah ia bermula pada 28 April hingga 11 Mei. SU PIBG telah dipertanggungjawabkan menyelesaikan urusan ini (terutama sarana ibu bapa). Hmmm bertambah kerja ku!!.
Lawaknya kali pertama log-in, tak tau nak buat apa! Tiada maklumat dibekalkan kepada ku, hatta kata laluan pun tidak, hanya surat siaran dari PPD sahaja.
Siapakah gerangan yang mendapat taklimat E-Sarana ini???. Terpaksalah meng'google', nasib baik la ada PPD yang cekap dan informatif (Tahniah PPD Pasir Gudang) atas usaha panduan mengisi data E-Sarana ini....aduhai PPD Kubang Pasu...tapi yang geramnya dalam dok kemaskini jadi 404 not found, moe@cbj6..hmmm...ini sistem online...inilah Malaysiaku..
Laman Web E-Sarana
Panduan Mengisi Data E-Sarana
0 comments:
Post a Comment