actions speak louder than words

Saturday, November 27, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 27, 2010 in , , , | No comments
Salam dari Banda Aceh.

Jika dalam posting-posting saya sebelum ini banyak menyatakan kekaguman, memuji dan mewar-warkan kebaikan, keramahan, keunikan dan kehebatan bumi Aceh dan penduduknya, saya rasakan wajar juga saya kongsikan beberapa perihal yang tak enak dilihat tentang pi'il atau suasana di sini dan pada pandangan peribadi saya perlu diperbaiki sebaik-baiknya untuk mengekalkan tradisi Aceh Serambi Mekah.

Antaranya :

  1. Rakyat Aceh sebahagiannya masih mengamalkan kepercayaan tahyul dan khurafat, terlalu mendewa-dewakan alim ulamak sehinggakan ada yang memasang hajat, bernazar, di kubur-kubur keramat, menyambut hari kebesaran atau pesta (eq : 3 hari kenduri laut) untuk memohon restu, penambahan rezki dan kelebihan kedamaian, walaupun di sini sentiasa ada peringatan dan penguatkuasaan syar'ie dan 'mewah' dengan SMA, dayah, meunasah dan pasantrennya.
  2. Cara pemakaian gadis-gadis Aceh sudah banyak berubah : ramai dilihat lebih senang mengenakan seluar ketat, berbaju sendat dan bertudung singkat walaupun dikhabarkan penguatkuasaan untuk pemakaian seluar ketat bagi si gadis ini sering dilakukan.
  3. Rasanya hampir kesemua pria di sini merokok. Iklannya disegenap ceruk e.q : di kaca-kaca TV, kedai makan (jadi penaja bagi kedai), bunting di pekan-pekan, billboard dan papan iklan seakan mengiktiraf dan mengalu-alukan amalan merokok ini.
  4. Sebahagian aktiviti di sini amat berorientasikan wang. e.q parkir, troli airport dll.
  5. Khabarnya ramai sungguh yang mengunjungi kedai-kedai kopi sehinggakan bertamu berjam-jam dan bisa menggugat jadual kerja harian.
  6. Banyak kisah sejarah masih lagi tidak didokumentasikan. Dosen yang hebat-hebat, mahir dalam bidangnya, jarang menulis buku dan mengedarkannya atas sebab yang saya sendiri kurang pasti. Kosnya barangkali. Ternyata ianya merugikan apabila tiada sumber lagi untuk dirujuk bila mereka ini ke batu dua.
  7. Kadangkala sukar mendapatkan segelintir maklumat di sini e.q : Ada yang tidak mengetahui di mana letaknya Arsip (Arkib) dan Perpustakaan Daerah, kerana sebahagian penduduknya barangkali tidak ambil kisah (walhal tahun 2011 dikhabarkan tahun melawat Aceh (Banda Aceh) dalam unsur keagamaan (spiritual) .

Namun begitu, bukanlah bermaksud saya memperlekehkan bumi bertuah ini atau jelek dengan penduduknya. Itu cuma pengamatan ikhlas saya. Bahkan di Malaysia pun diakui amat berleluasa dan banyaknya perkara-perkara sebegini bahkan lagi 'ngetop'.

Dari sudut hati terasa sayang jika perihal ini tidak dibendung dan diperbetulkan memungkinkan ianya akan merugikan warisan turun temurun kehebatan Islam dan alim ulamak di bumi Aceh ini.

Bahkan saya berjanji pada diri saya bahawa kunjungan saya ke sini bukanlah yang pertama dan terakhir. InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT sampailah saya lagi di bumi bertuah ini.

amalan menunaikan nazar dan hajat di kuburan 'keramat' Syiah Kuala

mera'ikan perayaan 'kenduri laut' bagi nelayan

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter