actions speak louder than words

Tuesday, November 02, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, November 02, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Selepas peristiwa taufan di Jejawi Arau, Perlis, kini negeri-negeri di utara tanahair terutamanya Kedah Perlis mula mencongak waktu untuk menghadapi banjir.

Hujan yang turun tanpa henti sepanjang 3 hari menyebabkan banyak jalan utama, tak terkecuali juga jalan-jalan kampung yang menghubungkan pekan-pekan seperti Changlun dan Jitra tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. 4 WD dan lori je la yang mantap.

Dalam perjalanan balik dari sekolah jam 3.00 petang kemarin, saya terperangkap hampir 2 jam di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Changlun, sebabnya jalan di hadapan SK Dato Wan Kemara dan Balai Polis Changlun sudah mencecah paras pinggang. Ada la satu dua kereta yang 'parking' depan kedai mamak 7 Star jadi 'korban' kali ni.

Setelah 2 jam menunggu tiada perubahan, juga terpaksa u-turn balik ikut jalan Charok Mokkan-Batu 9-Titi Kerbau-PLUS baru sampai rumah. Nasib baik rumah saya di Taman Kempas ni selamat. Alhamdulillah.

Dikhabarkan juga Konvokesyen UUM ke 23 untuk sesi 5 dan 6 telah dibatalkan, kemungkinan akan ditunda ke tahun hadapan. Kesiannya. Apapun Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter