actions speak louder than words

Wednesday, April 23, 2014

Posted by yuss yusoff on Wednesday, April 23, 2014 in , , , , , | No comments
Pada 16-20 April 2014, pasukan Hoki SM Sains Kubang Pasu telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 2014 di KISAS, Kelang. Penyertaan kali pertama di peringkat Kebangsaan ini telah mengejutkan ramai pasukan hebat lain yang established dalam dunia hoki SBP. 

Kecemerlangan yang ditunjukkan semasa kejohanan di peringkat Zon Utara tidak dapat direalisasikan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun ini. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan SMSKP. Faktor bertanding di peringkat yang lebih tinggi dan berhadapan dengan pasukan-pasukan ternama dalam SBP antara puncanya.

Walaupun pada suatu ketika pasukan SMSKP dilihat mempu memberi cabaran, seperti mengikat SM Sains namun seri tanpa jaringan (0-0) dalam perlawanan pertama, akhirnya terpaksa akur dengan kekuatan pasukan-pasukan lawan : kalah (0-2) kepada SDAR, seri (0-0) dengan tuan rumah KISAS, dan kecundang ditangan SMS Tengku Muhammad Faris Petra (0-3).

Banyak pengalaman berharga dikutip oleh pemain-pemain, jurulatih dan pengurus pasukan SMSKP apabila bertanding di tahap tinggi seperti ini. Semoga kesempatan menonton aksi pasukan negara (Malaysia) bertemu China dan bergambar dengan pemain-pemain ternama negara akan menyuntik semangat untuk memajukan Hoki untuk SMSKP.
Juara 2014  STAR

Sebahagian keputusan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan Kali Ke-9 2014 :
LELAKI :

Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Naib Johan : Sekolah Menegah Sains Johor (SMSJ) 
Ke-3 : Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
Ke-4 : Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Penjaring Terbanyak : Muhd Izham Nisha bin Hussaini (STAR)
Penjaga Gol Terbaik : Ammar Syahmi bin Abdullah (STAR)
Pemain Terbaik Kejohanan : Mohd Iqbal bin Mohd Ramlan (STAR)

PEREMPUAN :

Johan : Sekolah Seri Puteri (SSP)
Naib Johan : SBP Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER)
Ke-3 : Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB)
Ke-4 : Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ)



Penjaring Terbanyak : Nur Farizatul Syazrin binti Talaha (SSP)
Penjaga Gol Terbaik : Nurul Husna Shafa (KISAS)
Pemain Terbaik Kejohanan : Izzatul Syafiqah (SSP)

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter