actions speak louder than words

Thursday, May 08, 2014

Posted by yuss yusoff on Thursday, May 08, 2014 in , , , , , | No comments

Surat dari Bahagian Pendidikan Guru KPM bertarikh 15 Januari 2014 menyatakan bahawa setiap guru gred DG41 lantikan tahun 2009, 2010 dan 2011 dan guru gred  DG44 lantikan tahun 2011 dan 2012 wajib menghadiri kursus secara sepenuh masa dalam jangkamasa 30 jam (secara pakej) bermula pada bulan Mac hingga Oktober 2014. Kursus ini hanya diadakan sekali sahaja dalam gred berkenaan. Untuk makluman, guru yang telah mengikuti Kursus CPD/ PPB tahun 2013 tidak perlu memohon pada tahun ini. 

Tak sangka pula permohonan kursus (CPDyang di buat Februari lepas cepat diproses dan dipanggil berkursus untuk Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) Tahun 2014 Kohort 3 di BTPN Perlis dari 5-9 Mei 2014. Seramai 80 peserta dalam kohort ini. Khabarnya ada dua kohort lagi iaitu kohort 4 dan 5 sedang mengikuti kursus yang sama di IPG Kampus Perlis.

Namun kursus yang baik ini kalau diuruskan dengan tidak sempurna mendatangkan banyak kemusykilan dan persoalan. Khabarnya dulu berkursus di hotel tapi kini di BTPN, dulu diuruskan sendiri BPG tapi sekarang diserahkan kepada IPG. Bahkah ada penceramah (pensyarah IPG) dok bersyarah dan bertanyakan tentang KSSR walhal kami dari Sekolah Menengah). Bayangkan dalam tempoh satu jam ada 5 aktiviti kumpulan dilaksanakan....buat powerpoint dan bentangkan. Sabar ja la, cukupkan 30 jam kredit...Insyaallah selesai.


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter