Salam.
Hari ini hari persekolahan terakhir bagi tahun 2011 ini khususnya di Kedah ini. Sukanya anak-anak murid yang nak bercuti panjang tak dapat digambarkan lagi. Bayangannya jelas terpancar diwajah masing-masing, tambahan pula hari ini semua pelajar (kecuali F5) dapat RM100 'bonus', lagi melebar la senyum mereka.
Hari ini juga keputusan UPSR diumumkan. Ucapan tahniah kepada yang berjaya meraih 5A. Ada juga kalangan sahabat2 saya apabila ditanya macamana keputusan UPSR anak, selamba je jawab 6A. jadi faham la kita maksudnya jangan ditanya lagi!
Namun begitu dalam 'roma' kegembiraan dan kesedihan ibu bapa, dan dalam banyak2 berita dan cerita yang saya baca dan dengar, satu sahaja yang menarik perhatian saya. Berita yang dipaparkan di NTV7 jam 7.00 petang tadi iaitu kisah seorang pelajar bernama Qayyim : pelajar terbaik dari satu sekolah pendidikan khas di Kota Bharu.
Apabila ditemuramah tentang kejayaan cepat saja mengaku dia kelainan upaya, tapi yang paling terharu cita2nya menjadi ustaz. Dalam ratusan murid saya apabila ditanya siapa yang mahu jadi ustaz/ustazah tiada seorang pun yang mengiyakannya. Senyum je. Fahamla kita jawapanyya. Bacaan ayat suci al-Quran dengan tarannum yang diperdengarkan beliau pula, Masyaallah cukup fasih dan asyik.
Jadi tentunya dia bukan dalam kategori OKU (Orang Kurang/Kelainan Upaya) tapi lebih tepat Orang Kelebihan Upaya. Betapa bertuahnya ibu dan bapa beliau. Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment