actions speak louder than words

Tuesday, October 04, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, October 04, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Debaran calon-calon PMR kini sampai ke kemuncaknya. Ini kerana hari ini bermulanya peperiksaan PMR di seluruh negara. Sejumlah 125 calon di SM Sains Kubang Pasu akan menduduki PMR pada tahun ini dari 39 143 calon di seluruh negeri Kedah.

Sayangnya saya tidak dapat melihat riak wajah mereka kerana sedang berkursus di IAB Utara sehingga Khamis ini. Seboleh-bolehnya saya teringin sangat memberikan kata-kata perangsang buat calon PMR sulung SMSKP tahun ini. Hanya iringan doa yang dapat ditipkan. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kalian.

Calon PMR sulung di SM Sains Kubang pada tahun ini sebenarnya menggalas harapan yang besar dari pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat menghasilkan satu keputusan yang membanggakan untuk dijadikan penanda aras pada tahun-tahun akan datang.

Tekanan sebegini diharap tidak mencemaskan calon-calon sebaliknya diharapkan dapat dijadikan satu motivasi untuk merealisasikan semua usaha para guru dan diri sendiri yang memungkinkan calon-calon mencapai kejayaan penuh gemilang dalam PMR pada tahun ini.

Semoga berjaya! Amin.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter