Isnin lepas saya berpeluang bersama-sama dengan seramai 22 orang guru dan pensyarah IPG dari seluruh negeri Kedah dan seorang dari Selangor dan Pulau Pinang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti Kursus Penulisan Rencana dan Berita di Institut Aminudin Baki Utara (IABU).
Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan akan berlangsung selama 3 hari bermula semalam (pendaftaran) sehingga 6 Oktober depan. Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk meneroka dan menceburi bidang baru iaitu penulisan secara lebih serius.
Kursus asas ini diharap dapat menjadi satu permulaan dan titik mula ke arah penghasilan makalah-makalah ilmiah dan bahan penulisan berbentuk berita dan rencana disamping memahami tatacara dan perundangan dalam bidang penulisan.
Tidak diketepikan juga kepentingan memahami konseo asas dalam penulisan berita dan cerita dengan membangunkan kemahiran untuk menjadikannya satu kenyataan dan dijelmakan dalam artikel-artikel yang bernas dan berkualiti di masa-masa hadapan.

0 comments:
Post a Comment