actions speak louder than words

Sunday, October 02, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 02, 2011 in , , | No comments
Salam.
Hari ini saya diberi peluang menyampaikan satu ucapan kepada 125 calon-calon PMR di sekolah saya (SM Sains Kubang Pasu) dalam satu slot Majlis Redha Ilmu. Majlis serba ringkas ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMSKP dilangsungkan sejurus selepas perhimpunan mingguan dijalankan. Jimatkan masa barangkali.

Saya telah diminta oleh kaunselor (CG Rosmira) untuk memberikan satu ucapan ringkas mungkin yang boleh memberi 'touching' kepada mereka. Awalnya saya rasa susah juga dengan peruntukan waktu yang amat singkat, mana mungkin dapat menyampaikan maklumat yang begitu menyentuh hati.

Tapi saya mengiyakan saja dengan niat membantu sahabat sekaligus menyampaikan 'amanat' terakhir kepada 'bekas' pelajar saya. Maklumla saya tidak lagi mengajar mereka tahun ini, tahun lepas pun hanya satu kelas form 2 saja yang saya ajar. Lebih kurang 25 orang saja.

Jadi besar harapan saya agar pelajar yang pernah saya ajar dan tak pernah belajar dengan saya tidak melupakan jerih perih guru semasa mereka bermula di Tingkatan 1 sehinggalah sekarang.

Bila melihat pelbagai riak wajah di hadapan saya : ada yang cemas, bersahaja, sedih dan sebahagiannya penuh semangat, saya menyampaikan satu intipati penting dalam menuntut ilmu iaitu nilai hormat dan redha guru.

Semoga ucapan yang ringkas dan majlis bermaafan dengan guru-guru dapat 'menjernihkan' kembali hubungan naluri murid-guru.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter