actions speak louder than words

Saturday, October 15, 2011

Posted by yuss yusoff on Saturday, October 15, 2011 in , , , | No comments

KUALA LUMPUR 14 Okt - Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. — Bernama

Petikan berita Bernama di atas pasti menggembirakan seluruh rakyat Kedah dan Kelantan. bagi rakyat Kedah mereka tentunya berbangga kerana sejarah tercipta apabila Sultan Kedah diisytiharkan sebagai Yang di-Petuan Agong buat kali kedua, (kali pertama (1970-1975) sebagai YDPA yang kelima.

Walaupun saya bukan rakyat Kedah tetapi sebagai 'pemastautin' sejak 6 tahun lalu, tidak salah rasanya saya tumpang gembira, apatah lagi 2 anak saya awal-awal lagi sudah mengisytiharkan 'depa' anak Kedah. 

Tahniah juga buat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V  semoga gandingan 'lama-baru' ini akan menghadiahkan kegembiraan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada seluruh rakyat jelata. Allahuakbar!

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter