Terlepas dari dakapan. Hanya mampu dipandang. Itulah kata-kata yang mampu diucapkan! Satu keputusan yang pahit untuk diterima oleh seluruh peminat 'Gedebe Merah', tapi itulah hakikatnya yang telah tersurat.
Kelantan mengakhiri cabaran dalam Piala Malaysia musim 2011 pada malam ini dengan mengikat Terengganu 2-2, namun Sang Penyu layak ke peringkat Separuh Akhir dengan aggregate 5-3 hasil bekalan selesa 2 gol di Stadium Ismail Nasiruddin Isnin lalu.
Bala memang sudah nampak akan menimpa 'Gedebe Merah' apabila mencatat kekalahan 1-3 dalam pertembungan yang penuh emosi dan tegang dengan layangan 5 kad merah dan 10 kad kuning di Terengganu tempooh hari.
Ketiadaan 3 pemain utama nyata merencatkan perancangan Karathu pada malam ini sehingga taktikal menyerang rupanya membawa padah dek kealpaan barisan pertahanan yang sangat-sangat goyah pada malam ini sehingga gawang Apek dibolosi 2 kali seawal separuh masa pertama. barisan tengah pula sangat pincang dengan ketiadaan Shakir yang mencacatkan peluang untuk menghasilkan gol-gol penting.
Semoga ianya menjadi pengajaran berguna untuk pasukan yang akan bertanding dalam liga AFC tahun hadapan yang tentunya cabaran lagi membara. Gomo Kelate Gomo.
Keputusan lain :
Perak 0 (1) Selangor 1 (4)
T-Team 2 (4) Sabah 1 (2)
N. Sembilan 3 (3) Felda United 0 (1)
Keputusan lain :
Perak 0 (1) Selangor 1 (4)
T-Team 2 (4) Sabah 1 (2)
N. Sembilan 3 (3) Felda United 0 (1)
0 comments:
Post a Comment