actions speak louder than words

Saturday, July 02, 2011

Posted by yuss yusoff on Saturday, July 02, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Sebut saja ingin bersekolah di pondok, sinis saja pandangan banyak pihak, tidak terkedepan, ketinggalan dan sebagainya. Alasan ini sentiasa digunapakai bagi mereka yang sinis terhadap kumpulan 'serban, jubah dan kopiah putih ini'.

Saya pernah juga 'bertegang' urat dengan kumpulan tak suka ini suatu ketika dulu di sekolah tentang peranan dan keberkesanan sistem pengajian di pondok ni berkebetulan apabila ada seorang pelajar saya membuat keputusan mengejut berhenti dari sekolah (sekular) dan masuk sekolah pondok.

Saya pun tak berapa setuju dengan tindakan pelajar ini tambahan pula apabila tidak pulang ke rumah dan merisaukan ibu bapanya, tapi saya lagi tak setuju dengan beberapa 'buah fikiran' kumpulan tak suka ini yang saya anggap tidak pernah merasai nikmat mengaji pondok...

Walaupun sistem sekolah pondok telah mengalami banyak perubahan penambahbaikan untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajarannya sekaligus bersaing dengan sistem moden sekular ketika ini, namun bagi yang tak suka tetap kata tak suka.

Bagi yang suka pula, demo ni akan usaha sedaya upaya mendapatkan 'lukluk dan marjan' ini. kawan-kawan saya di Perlis dulu sanggup berkereta hampir 1000 KM (ulang-alik) mengharungi jalan bengkang bengkok Lebuhraya Timur-Barat dan mengambil cuti semata-mata untuk menemani anak menghadiri temuduga di sekolah(pondok) tahfiz sains di Tanah Merah.

Kata demo ni, peringkat awal sekolah ini dibuka cuma nak pakai 250 pelajar sahaja tapi yang datangnya hampir 3 kali ganda lebih!

Saya tanya pasal apa tak hantar kat Perlis je? MADI kat Jejawi tu pun boleh tahan juga? katanya nak dapat 'aura' lebih sikit! Hmmm...

Rasa semangat bila dengar demo ni sembang pasal nak anak mengaji di sekolah pondok di Kelantan. Walaupun saya cuma sempat mengaji sekejap saja kat PHD (Pondok haji Deraman) atau Madrasah Muhammadiah Sungai Durian tapi macam ada instinct je bila sebut sekolah pondok.

Baca SINI untuk lebih motivasi mengaji di sekolah pondok.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter