actions speak louder than words

Tuesday, August 02, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, August 02, 2011 in , , | No comments
Salam.

Dipanjangkan nafas lagi rupanya kita dalam menyelusuri Ramadhan 1432 H kali ini. Melihat gelagat manusia sekeliling yang bermacam ragam kadangkala mengundang rasa syukur, sangsi dan kasihan.

Syukur kerana sebahagian dari kita mula sedar dan mengorak langkah tanpa berlengah lagi untuk mengubah rutin hidup dari banyak keadaan lagho ke arah membentuk diri, supaya sentiasa tergolong dalam mereka yang mendapat keberuntungan Allah SWT dunia dan akhirat.

Melihat sebahagian dari kita, terbit pula rasa sangsi. Apakah masih tidak sedar tentang kehebatan Ramadhan ini walaupun telah dikumandangkan saban waktu di kaca-kaca tv, paparan demi paparan di media cetak dan elektronik namun sikap dan perangai sebahagian dari kita masih di takuk lama. Memeriahkan pasar malam dan pasar raya di waktu sebahagian lain sedang khusu' bertarawih dan berselawat. Kedai-kedai mamak lebih ceria berbanding masjid-masjid yang cuma dihuni orang tua. Oh!

Terbit pula rasa kasihan melihat peniaga yang ghairah mempamerkan dagangan masing-masing di bazaar sehingga segelintirnya mengenepikan nilai kasihan belas. Meletakkan harga yang tidak munasabah dan amat berbeza dengan tahun sebelumnya. Sebiji popia goreng biasanya dijual 0.30 sen menjadi 0.50 sen (di bazaar dekat pasar Changlun). Isteri saya seraya bertanya tidakkan menjadi dosa (riba) bila berjualan dengan untung yang berlebihan? Saya senyum ..terasa kelat untuk saya jawab.

Apapun sama-sama kita bermuhasabah dan memperbaiki diri sempena bulan al-mubarak ini. Semoga berjaya. Amiin.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter