Salam.
Ketika handphone saya berbunyi jam 5.08 minit pagi sabtu yang lalau, saya dah mengesyaki ada 'sesuatu' yang bakal ataupun sudah berlaku. Tambahan pula nombornya memaparkan siapa pemiliknya. Kedengaran suara serak emak saya memaklumkan 'che' (panggilan keluarga kami untuk tok wan) dah tiada 8 minit yang lalu. Nah ternyata benar jangkaan saya.
Terkedu sekejap saya sambil menggosok2kan mata. Rasa macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Jumaat malam sebelumnya saya bersembang panjang dengan ayah bertanyakan khabar 'che' yang masih di wad HKK. Diberitakan keadaannya beransur lega tapi masih dalam pemerhatian doktor. Rasa bersalah pula tak balik menziarahinya semasa arwah pulang dari Mekah sebulan yang lepas.

Dalam perjalanan pulang saya seringkali teringat zaman kanak-kanak dulu. Besarnya saya banyak rumah arwah, baik makan, pakai, tidur dan sebagainya walaupun rumah saya hanya sepelaung dari rumah arwah, tapi disitulah tempat saya berkubu.
Terkenang juga kemahiran arwah mengajar saya menghasilkan 'jebak' burung, memilih kayu lastik comel, buat sampan dari kayu kekabu. Cuma yang tak sempat nak belajar ilmu kapurkan budak yang kena cacing dan mengurut urat terseliuh. Ruginya.
Bila lutut saya lenguh menekan clutch mengekori lori balak dijalan Grik, sekali lagi saya terkenang bebelannya bila mengurut lutut kiri saya yang terseliuh teruk. "itula dah orang kata bo la( berhenti la), jangan dok main la lagi", marahnya apabila dia tau lutut saya terseliuh angkara sepaktakraw dan bolasepak. Saya sengih aje. Malas nak menjawab nanti lagi panjang bebelannya.
Arwah yang dipanggil Pok Nik oleh orang kampung ni, pendiam orangnya, tak banyak cakap ,tapi penuh dengan kemahiran berburu di hutan, mencari damar, membuat perahu, bubu dan hasil kerja buluh dan rotan. Ruginya saya sebagai cucu tak dapat mewarisinya.
Semoga Allah SWT merahmati rohnya. Amiin.

0 comments:
Post a Comment