actions speak louder than words

Sunday, March 07, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, March 07, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Buat julung kalinya SM Sains Kubang Pasu menganjurkan Kejohanan Merentas Desa pada Sabtu lepas (6 Mac 2010). Kejohanan yang disertai oleh 6 buah rumah sukan iaitu Alpha, Beta, Delta, Gamma, Lamda dan Sigma berlangsung dalam keadaan yang penuh dengan keceriaan.

Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar memungkinkan kejohanan yang merangkumi laluan sekitar SK Putat-Kg. Darat-Kg. Imam dalam lingkungan jarak lebih kurang 7 KM ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Atas faktor kekurangan pelajar, (tiada pelajar tingkatan 3), Kejohanan Merentas Desa Kali pertama ini dipertandingkan dalam dua kategori utama Kelas 1 L / P (Tingkatan 4 & 5) dan Kelas 2 L & P (Tingkatan 1 & 2).

Rumah Gamma telah ditabalkan sebagai Johan Keseluruhan dengan pungutan 81 mata. Hanya perbezaan 1 mata dengan rumah Sigma (80 mata) : (rumah saya la tu) yang menduduki tempat Kedua, telah berjaya menjarakkan kedudukan mereka sehingga berjaya menjulang Piala Pusingan. Seterusnya diikuti oleh rumah Alpha (Ketiga), Lamda (Keempat), Delta (Kelima) dan Beta (Keenam).

SYABAS untuk semua pemenang dan sebagai Ketua Guru Rumah Sigma saya mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan yang dicapai walaupun banyak halangan sepanjang kejohanan namun berjaya juga ditempuhi, terima kasih atas kerjasama guru-guru rumah dan pelajar-pelajar !

Man Jadda Wa Jada !

Wassalam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter