actions speak louder than words

Monday, March 01, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, March 01, 2010 in , | No comments
Salam.

Satu inovasi. Itulah kata keramat dalam ucapan Tuan Pengetua semasa merasmikan Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah 1431 H / 2010 hari Jumaat malam lepas. Itulah yang dikatakan hikmah Allah SWT.

Bersesuaian dengan keadaan cuaca yang sangat 'membara' saat ini, sambutan ini telah 'dialihkan' dari suasana biasa sebelah siang ke malam hari. Sepanjang saya terlibat dengan penganjuran program kegiatan agama di sekolah (khususnya Maulidurrasul), selama tempoh 7 tahun, inilah julung kalinya program diadakan di sebelah malam.

Majlis pada malam itu (26.02.2010) diserikan dengan persembahan pelajar merangkumi hafazan, tilawah, sajak, sketsa, marhaban dan nasyid. Program pada malam itu sampai di kemuncaknya dengan pengumuman pertandingan sepanduk dan perbarisan. Rumah Alpha dinobatkan Johan Perbarisan dan Rumah Sigma dianugerahkan Johan Pertandingan Sepanduk bersempena Sambutan maulidurrasul 1431 H ini.

Tahniah untuk semua pemenang, pohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang penganjuran sambutan ini serta ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, khususnya sokongan dari Tuan Pengetua dan PK HEM, guru-guru dan semua pelajar. Hanya Allah SWT yang mampu mengganjarinya.

Insyaallah
tahun depan kita buat lagi 'grand'.

Wassalam

(updated).

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter