actions speak louder than words

Tuesday, December 08, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, December 08, 2009 in , | No comments
Salam.

Isu Biro Tata Negara (BTN) semakin hari semakin panas. Bermula dari 'pengharaman penyertaan' kakitangan kerajaan negeri Selangor diikuti oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, ianya semakin berlanjutan apabila beberapa individu dan badan NGO (antaranya Hizbut Tahrir yang "menghukumkan" BTN sebagai maksiat) yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan BTN mendedahkan 'kepincangan' yang wujud dalam BTN sekaligus mencadangkan agar BTN dihapuskan atau dirombak agar bersesuaian dengan matlamat 'memupuk semangat kecintaan kepada negara'.

Antaranya bekas pengarah BTN, Ahli Parlimen Gua Musang dan sebahagian besar ahli Parlimen Pakatan Rakyat, sehingga menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akur dengan desakan tersebut dan mengumumkan kerajaan akan melakukan rombakan untuk penambahbaikan walaupun pada masa yang sama banyak paparan akhbar memaparkan 'sokongan' kepada BTN termasuklan sokongan padu Dr M. Tapi DS M Nazri Aziz ini sanggup berpatah arang dengan Dr M. Syabas DS.

Saya sebenarnya ambil pusing juga 'karenah intipati' kursus BTN ini, (yang dikatakan sengaja dipolitikkan oleh pihak pembangkang) kerana walaupun saya bukan pemimpin parti politik, namun sedikit sebanyak terkena juga tempiasnya. Pada hemat saya kalau seseorang itu dah 'karat BIRU' cakap apapun di akan kata biru, begitu juga yang dah 'karat HIJAU' maka hijaulah pilihannya.

Namun apa yang menjadi isunya dan kemuncaknya membuatkan saya menulis entry ini ialah melibatkan perkhidmatan saya. Anjakan gaji tidak dapat dilaksanakan kerana saya belum menghadiri kursus BTN (walaupun saya telah lulus PTK tahun 2008). Sijil kursus yang lama (semasa di universiti 1999) tidak lagi diiktiraf dengan kata lain perlu diperbaharui.

Ajaibnya sahabat saya (melanjutkan pelajaran dari Diploma ke peringkat Ijazah) telah dikecualikan. Saya pun kurang pasti sejak bila syarat ini dikuatkuasakan. Apa yang lawaknya apabila ditanya dengan Jabatan Pelajaran Negeri, bila kursus terakhir akan diadakan? Jawabnya sudah tidak ada kursus lagi untuk tahun ini (walhal baru akhir September) kerana tiada peruntukan? Sedangkan dalam portal BTN menyatakan kursus akan diadakan sehingga Disember. Sengkek sangatkah?.

Jadi pendaftaran online yang saya buat di laman web BTN sejak Mei lalu hanya sekadar memaparkan "PERMOHONAN ANDA TELAH DISENARAIKAN DI DALAM SENARAI TAWARAN KURSUS KENEGARAAN. TERIMA KASIH". namun sehingga ke hari ini (08.12.2009) tiada panggilan dibuat. Begitulah karenah urusan dunia. Harapnya ke depan hari nanti saya akan menghadiri kursus yang betul-betul menyemai semangat 'cintakan negara' yang tulen dan lebih 'bersyariat'.

Wallahu`alam.

Beberapa Post Berkaitan :
Ku Li : I was battered by BTN : Malaysia Insider
Kuatkuasa Larangan Ikut Kursus BTN : Harian Metro
Keputusan Rombak Kurikulum BTN Amat Dialu-alukan - Musa : Utusan Malaysia
Kenapa Perlu Tunduk : Utusan Malaysia
Rombakan Sukatan BTN Sudah Lama Dicadang : Malaysia Kini
BTN:Nazri Kecam Mahathir Rasis, Mahathir Dakwa Sengaja Dibesarkan : Malaysia Insider

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter