actions speak louder than words

Thursday, December 03, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, December 03, 2009 in , , | No comments
Salam.

Membaca tajuknya di Utusan Malaysia sudah menggambarkan segala macam makna dan tafsiran. Bagi mereka khususnya ibubapa penjaga yang positif akan memahaminya dari sudut yang penuh bermakna, akan tetapi bagi mereka yang sangat gundah tentang "fulus" ini sudah tentu akan memahaminya dalam susana yang amat negatif, iaitu "bayaran tambahan" sudah tentu membebankan. Benarkah begitu?

Pengalaman mengendalikan kutipan yuran pelajar(semua guru akan 'menjawat jawatan' ini jika dilantik sebagai guru kelas atau guru tingkatan) pada tahun ini adalah satu pengalaman yang agak luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bahkan tidak boleh menandingi mana-mana tahun selama tempoh lebih kurang 6 tahun saya berkhidmat.

Akibat dari ketidakjelasan fahaman tentang isu tersebut (yuran sekolah dimansuhkan pada 2008) , seorang bapa yang bekerja sebagai pensyarah di utara, enggan membayar yuran sekolah dengan alasan pihak kerajaan telah memansuhkan pembayaran yuran sekolah (tambahan). Walaupun telah diberi 3 kali peringatan bertulis dan lisan. Pelik sungguh wujud lagi seorang pensyarah mempunyai mentaliti 'orang kampung'.

Apa yang lagi pelik, orang kampung pun majoritinya sudah lama ber'mentaliti pensyarah'. Ini kerana ibubapa penjaga yang kerjanya 'buat bendang' terlebih awal melunaskan yuran tanpa banyak 'kore' . Mungkin orang kerja bendang lebih memahami isu tanggungjawab terhadap anak dan sekolah dan soal dosa pahala berbanding orang yang cerdik akal tapi dungu akhlak.

Sepatutnya sebagai pendidik, gunakanlah kepakaran dan ilmu yang sedia ada untuk menyelidik dulu yuran yang mana di mansuhkan dan bayaran yang mana masih perlu dilunaskan. Hakikatnya hanya RM9.00 sahaja yang mansuhkan. Bukannya keseluruhan yuran / bayaran tambahan sekolah. Mungkin itulah karenah dan sikap ibu bapa penjaga yang gundah tentang 'fulus'.

Apa yang pasti keputusan semerta dan tidak jelas akan mengundang segala macam permasaalahan, apalagi bila ianya lebih berfokus politik. Harapan agar isu yuran tambahan ini tidak lagi menjadi isu utama pendidikan seperti tahun lepas (2008) (glamer juga SMK Derma bila masuk paper antara sekolah yang mengenakan bayaran tambahan yang tinggi).

Wallahu`alam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter