actions speak louder than words

Sunday, November 01, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 01, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hari ini sudah tentunya hari yang amat menggembirakan seluruh peminat Wira Merah. 39 tahun adalah satu tempoh yang amat memeritkan dengan 'jatuh bangun' prestasi skuad Wira Merah ini bakal dinoktahkan pada 7 November ini.

Jujurnya sudah agak lama saya tidak mengunjungi stadium untuk menonton aksi 'wira merah'. namun minat saya untuk menyokong tidak pernah luntur (masih sama ketika zaman persekolahan dulu). Ketika menjejak kaki ke dalam Stadium Utama, saya menjangkakan aksi panas bakal terhidang pada malam ini. Melihat semangat peminat 'fanatik' Wira Merah ini dengan gelagat penyokong Singa Utara terdetik di hati ianya bakal mencetuskan'sesuatu'.

30 minit sebelum perlawanan bermula telahan saya tepat, apabila kedua-kedua penyokong pasukan saling berbalas balingan botol mineral dan letupan bunga api. Akibatnya penyokong kanak-kanak Wira Merah terpaksa dibawa ke hospital kerana kecederaan di kepala akibat letupan bunga api, sehingga memaksa pihak polis merentangkan 'yellow line' bagi mensempadankan kedua-dua penyokong. Nampaknya kedua-dua penyokong agak 'keghas keng' malam ini.

Perlawanan yang bermula sedikit lewat agak mendebarkan di mana kedua-dua pasukan gagal mendapat rentak. Singa Utara dilihat bakal memadamkan defisit dari Kota Bharu dengan kesungguhan dan ketekunan para pemainnya. Namun jaringan hatrik Norfarhan gagal menggugat kemaraan Wira Merah ke Bukit Jalil . Sekaligus mengecewakan skuad Singa Utara untuk meraih imbuhan RM65, 000 dari YB Arau Dan Kerajaan Negeri.

Tamat permainan suasana menjadi semakin tegang apabila para penyokong Singa Utara menyekat pintu keluar yang dikhaskan untuk penyokong Wira Merah. Akibatnya atas nasihat polis, ratusan penyokong terkandas dalam stadium termasuk saya (Ustaz Saifudin SMKDJH, Ustaz Rahimi IPG Perlis pun ada). Agak mencemaskan bila berada dalam stadium sambil tertunggu-tunggu balingan bunga api, batu, siput dan kayu menimpa kepala. Jam 11.45 baru susana agak tenang bila polis meng'escort' penyokong keluar. Hati saya terdetik : agaknya beginilah perasaan mereka yang terperangkap dalam rusuhan barangkali.

Malang bagi penyokong Wira Merah, kerana sebahagian dari kenderaan mereka dipancitkan tayar, dipecahkan side-mirror, no plate, signal oleh penyokong Singa Utara yang agak tidak stabil emosinya. Namun bekal kemenangan mengatasi segalanya. Saya agak kagum juga dengan penyokong Wira Merah pada malam tadi. Biasanya mereka yang penuh dengan semangat 'keghas keng' akan tunjuk 'gedeber' terlebih dulu, tetapi mereka sangat-sangat bertolak ansur pada malam tadi. Ajaib!

Apapun TAHNIAH buat skuad Wira Merah. Semoga 7 November nanti bakal menjajnjikan sesuatu yang lebih manis. Jadikan kegagalan final Piala FA April lalu sebagai azimat berguna menentang Jang Hoben nanti. Semoga impian menjadi kenyataan.

Gomo Kelate Gomo.


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter