actions speak louder than words

Thursday, October 29, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, October 29, 2009 in , | No comments
Salam.

Saya percaya berita tentang insentif khas yang akan diberikan kepada pendidik yang berjaya menaikkan nama sekolah atau institusi disambut baik oleh semua pihak khasnya para pendidik. Insentif khas itu dikatakan akan diraih oleh segenap lapisan pendidik di sekolah termasuk dari pengurusan tertinggi (pengetua) sampai kepada lapisan bawahan (para guru).

Walaupun bentuk insentif khas itu belum diputuskan secara tetap sehingga akhir tahun ini (dikatakan akan diberikan dalam bentuk fulus : nilaiannya sebulan atau dua bulan gaji), namun itu bukanlah menjadi persoalannya.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah dari sudut mana ukuran dan penilaian akan dibuat bagi memuktamadkan sekolah yang berhak. Jika dinyatakan penilaiannya bukan saja didasarkan kepada kecemerlangan peperiksaaan sahaja bahkan lebih kepada isu kepemimpinan di sekolah dan kriteria-kriteria lain. Apa kriteria-kriteria lain ni?. Adakah sama dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Annex? Sama-sama kita tunggu pengumumannya akhir tahun ini.

Saya berpendapat pihak kerajaan (KPM) sepatutnya memperkasakan isu 30 sekolah Kluster terawal yang telah dilaksanakan pada 2006 dulu, di mana matlamat tuntasnya adalah memperkasakan kecemerlangan mengikut bidang atau 'kluster' masing-masing. Namun begitu matlamat ini nampak samar (walaupun dah 3 tahun berlalu) dan banyak lagi yang belum terlaksana seperti isu guru di sekolah kluster :

  1. memenuhi kriteria guru cemerlang.
  2. pengekalan prestasi untuk kekal.
  3. boleh dapatkan pakar dalam niche area.
  4. nisbah kelas dan guru 1:2

Itu belum bincang isu akauntabiliti pemimpin sekolah dan autonomi sekolah. Banyak perkara yang masih jauh dari jangkauan dan belum nampak keberkesanannya. Antara lainnya yang pernah dibincangkan tentang insentif untuk guru-guru di sekolah Kluster yang masih belum dimuktamadkan. Adakah pengumuman ini menjadi titik noktahnya? Jika benar bersyukurlah para guru.

Apa yang penting ketulusan dan keikhlasan dalam menilai pencapaian guru perlu diutamakan.

Wallahua`lam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter