actions speak louder than words

Monday, November 16, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, November 16, 2009 in , | No comments
Salam.

Entry ini sepatutnya saya tulis 2 minggu lepas, bersesuaian dengan panasnya isu Final Piala Malaysia. Namun begitu dengan kesibukan pengurusan akhir tahun di sekolah, menjarakkan diri saya dengan keyboard laptop ini. Tambahan pula line Streamyx di rumah yang kerap kali terganggu membuatkan masa semakin hari semakin suntuk.

Sengaja saya gunakan tajuk yang sebegitu (agak sinis mungkin) untuk memperingatkan diri kita agar sentiasa adil dalam menghakimi sesuatu. Memang benar isunya sangat jelas, selepas berlangsungnya Final Piala Malaysia, berlaku kekecohan dan kerosakan di Stadium Nasional. namun kenyataan dari pihak terlibat sangat mengecewakan.

e.q : Lihat saja laporan mengenai mengenai kerosakan (seolah-olah kerosakan yang berlaku tersangat-sangat teruk sehingga digambarkan jumlah yang sangat besar dengan perinciannya sebuah kerusi nilainya RM500. Benarkan begitu? Kecuali yang terbakar, benarkah kerusi yang rosak (terkulai, patah) hanya dikesan pada malam itu. Mungkinkah kerusi itu telah sedia rosak sebelumnya. Barangkali!

Post yang berkaitan :
Kita kerugian RM214, 000

Lagi tak sedap dengar bila Setiausaha Agong FAM mengulas : "jika diletakkan 10, 000 anggota polis pun belum tentu dapat mengawal keaadaan". Amboi sinisnya!. Cuba tanya 2000 polis yang bertugas itu, apa jenis pemeriksaan yang dilakukan di pintu masuk stadium? Yang saya nampak hanya memeriksa kayu (tiang penyapu / bendera) je!

Bila FAM bersidang saja lihat saja laporan dan denda yang dikenakan :
Kelantan hanya kena RM50, 000

Sebenarnya yang salah tetap salah. Sebagai rakyat Kelantan saya sendiri berasa sangat malu dengan kelakuan segelintir penyokong yang sangat tidak berakhlak lagi bertamaddun sekaligus menjatuhkan maruah diri sendiri dan orang lain. Saya sangat bersetuju mereka ini dikenakan hukuman yang sewajarnya dari pihak berwajib.

Namun hati berasa sangat tidak enak bila ada ulasan di akhbar yang melaporkan : " TGNA kena tarbiyyah rakyatnya (supaya sesuai dengan negeri gelaran Serambi Mekah) ". Adilkah mengaitkan pentadbiran TGNA dengan kelakuan rakyatnya yang tidak beragama itu? Fikir-fikirkanlah.

Saya tertungu-tungu bila FAM nak buat laporan tentang peristiwa tegang selepas perlawanan Separuh Akhir kedua (Perlis vs Kelantan)?. Dalam bab ni lembap pulak FAM ni.

Wallahua'lam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter