actions speak louder than words

Thursday, August 27, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, August 27, 2009 in , | 1 comment
Salam.

Isu Kartika Seri Dewi Shukarno dengan kes araknya semakin hari semakin galak diberi ulasan. Ulasan yang galak tidak mengapa, namun yang salahnya ialah galak yang tidak kena pada tempatnya atau lebih tepat lagi ulasan secara semberono. Ada juga tulisan yang agak keras tentang isu tersebut yang boleh saya katakan sebagai kritikan. Kritikan yang membina dan berpaksikan ilmu (agama) adalah sesuatu yang digalakkan. Tapi kritikan dan pertikaian yang semberono hanya mengundang musibah. Waspadalah kerana ini hanya membenarkan kepada tanda-tanda akhir dunia di mana orang yang bukan ahlinya memperkatakan tentang agama.

Sedih juga bila kritikan pedas ini dilemparkan sesuka hati seperti contoh terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.(sehingga menggelarkan hakim itu 'bodoh').

Banyak ulasan atau kritikan yang dibuat oleh akhbar, majalah, blogger sebenarnya saling tak tumpah seperti 'anjing menyalak bukit'. Mereka sebenarnya tidak memahami apa sebenarnya isu yang berlaku.Buktinya banyak pertikaian diperkatakan antaranya :

1. Tepat dan adilkah hukuman sebat dilaksanakan pada seorang perempuan?
2. Bolehkah disebat apabila telah mengaku salah?
3. Bagaimana, dimana dan siapa yang akan melaksanakan hukuman sebat itu?
4. Adakah peruntukan undang2 (hukuman sebat) dan dirujuk dari kitab mana?
5. Tidak bolehkah kita bersikap adil dengan memaafkan saja kesalahan beliau berdasarkan faktor-faktor tertentu?
6. Tidak zalimkah kita melaksanakan hukuman sebegitu?
7. Takkan seorang saja yang disebat, peminum lain yang ramai macamana?

Persoalan dan pertikaian yang sebegitu sebenarnya jelasnya hanya menonjolkan kejahilan si penuturnya sahaja. Sepatutnya sebelum mengkritik, mengulas, mempertikaikan tentang sesuatu isu atau tindakan sesuatu pihak yang lebih berautoriti (Hakim) kita perlulah 'practitioner' dalam bidang tersebut .

Janganlah memperkatakan sesuatu secara berlebih-lebihan sehingga teramat sangat menonjolkan kejahilan kita. Jangan jadikan kemampuan akal yang serba terbatas itu sebagai paksi kepada hujjah-hujjah kita. Yakinlah bahawa Allah Maha Adil atas segala sesuatu. Sedarlah, semoga kita jauh dari terjerumus ke lembah kemurkaan Allah kerana mempertikaikan Kekuasaan dan Keadilan yang terang nyata. Na`uzubillah.

Sebagai maklumat tambahan bolehlah baca DI SINI.

Wallahu`alam.

1 comments:

-miszmeza- said...
This comment has been removed by the author.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter