Salam eidulfitri.
Sudah termaktub. Ramadhan telah berlalu. Salah satu sunnatullah yang tidak boleh diubah mahupun dihalang akan pemergiannya oleh manusia, hatta menggunakan secanggih-canggih alat ciptaan yang manusia mampu lakukan di dunia ini, nescaya kegagalan jualah jawapannya.

Ramai juga yang terkilan kerana merasakan cepatnya Ramadhan berlalu. Apa tidaknya azam di awal Ramadhan dengan segala perancangan, dilihat gagal untuk dilaksanakan, kerana banyak dari kita akhirnya terpedaya juga dengan godaan yang ada, samaada yang mampu diharungi ataupun tidak (di luar kemampuan). Perancangan dan cita-cita untuk berteleku dan bertamu direhal (menghabiskan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran sehingga khatam) kecundang jua akhirnya.
Namun begitu dalam kemeriahan menyambut Syawal, ada juga segelintir manusia yang berlebihan gembiranya, sehinggakan menggambarkan kita sangat redha dengan pemergian Ramadhan yang tiada galang gantinya.
Bahkan banyak tindakan kita semacam membuktikannya apabila kita sambut Syawal dengan dentuman- dentuman mercun, menyenaraikan rancangan tv yang tak mungkin terlepas untuk ditonton, memikirkan cukupkah kuih muih yang ada untuk tetamu yang berkunjung dan segala macam perkara remeh temeh yang kita agung-agungkan.
Semoga Allah SWT mengembalikan hati-hati kita kepada fitrah yang sebenarnya Insyaallah.

0 comments:
Post a Comment