actions speak louder than words

Sunday, August 23, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, August 23, 2009 in , | No comments
Salam Ramadhan.

Malam kelmarin adalah malam kedua berterawih,saya bersama ayah, mak dan adik lelaki (yang datang dari kampung) bersama-sama bersolat tarawih di Masjid Ihya` Ulumuddin di Changlun.

Alhamdulillah ahli jemaahnya ramai seperti tahun-tahun sebelumnya. Menjadi satu kebanggaan tinggal di pekan kecil ini,kerana masjidnya berfungsi dengan baik sekali. Tak lekang dengan majlis-majlis ilmu walaupun pada bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sekalung tahniah untuk Ahli Jawatankuasa masjid.

Malam tadi berlaku perkara yang aak luar biasa di masjid ini. Sepanjang saya berjemaah di sini selama hampir 4 tahun seingat saya tak pernah berlaku peristiwa sebegini. Apabila selesai solat 8 rakaat, segelintir jemaah mula 'berundur' . Namun suasana dingin hujan dihangatkan dengan suara seorang kakak yang agak marah-marah dan tak puas hati.

Dalam keadaan bersesak dengan jemaah saya sempat bertanya, apa yang berlaku..rupanya beg tangan beliau telah dicopet semasa solat tarawih tadi..masyaallah dalam hati saya terdetik : masih ada lagi manusia yang berhati batu, walaupun telah diperdengarkan dengan segala macam kelebihan dan kebaikan di bulan mulia ini, tapi keburukan juga yang dipilih. Begitulah hakikatnya, kalau di masjid pun tidak selamat di luar sana apatah lagi.

Dalam benak saya asyik terfikirkan : bukan kisah si kakak yang kehilangan barang berharganya, (yang saya fikirkan sampai balik), namun siapakah si 'polan'yang terlebih dahulu "kehilangan" adab dan sopannya.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter