actions speak louder than words

Wednesday, May 13, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, May 13, 2009 in , | No comments
Apa sudah jadi dengan politik di Malaysia?

Mungkin tajuk ini sangat sesuai untuk menyatakan suasana dan keadaannya ketika ini, tidak saja tertumpu di Perak bahkan sudah menular ke seluruh Malaysia.

Siapa saja yang dulunya tidak pernah ambil tahu tentang isu politik dan undang-undang, saat ini telah melalui proses 'celik mata' secara semulajadi. Terang benderang hati dan pengetahuannya yang bukan sedikit. Apa tidaknya, bukan lagi perkara asing andaikata bercakap pasal Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak (UTKP) (bahkan dengan fasalnya sekalipun bukan sesuatu yang mustahil untuk dibicarakan : iaitu Artikel 16(6) dan Artikel 18 (2).

Pengetahuan yang sedikit-sedikit tentang peranan Mahkamah Persekutuan, Tinggi dan Rayuan juga bukan asing (yang nampaknya agak berbelah bagi dan pelik dalam membuat keputusan yang berkaitan). Sekejap tiada bidang kuasa untuk dibicarakan, lepas tu ada. Bila keputusan dah dicapai, cepat pula membicarakan kes rayuan untuk ketepikan keputusan tersebut, (AMBIL MASA 16 JAM SAJA) walhal satu pihak lagi memerlukan masa SEMINGGU untuk mendengar rayuannya. PELIK TAPI BENAR!

Cuma yang peliknya pengajaran di sekolah tentang peranan eksekutif, legislatif dan kehakiman yang berfungsi dengan sendiri tanpa ada pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain adalah sama sekali tidak tepat, (jika dibandingkan dengan situasi masa kini), tidak keterlaluan jika dikatakan itu adalah pengajaran palsu lagi mendustakan. Saya pasti siapa saja yang pernah melalui alam persekolahan menengah akan mempelajari bahagian ini dalam subjek sejarah.

Cuba baca artikel ini : Berita Harian Online 12 Mei 2009
Mengenai afidavit yang diikrarkan Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz berkata, penasihat undang-undang itu adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah.

Abdul Aziz berkata, Ahmad Kamal sendiri mengakui beliau diarahkan peguam Zambry untuk mengikrarkan afidavit itu dan perkataan 'diarahkan' mempunyai erti yang mendalam.

"Disebabkan itu mahkamah berpendapat beliau (Ahmad Kamal) adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah serta keterangannya adalah demi memenuhi yang arahan diterimanya," katanya.


Begitulah agaknya demokrasi ala Malaysia!

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter