actions speak louder than words

Saturday, May 16, 2009

Posted by yuss yusoff on Saturday, May 16, 2009 in , | No comments
Hari ini bertalu-talu SMS masuk mengucapkan Selamat Hari Guru, begitu juga saya banyak juga menghantar SMS kepada sahabat seperjuangan. Terdetik kegembiraan di hati kecil apabila anak-anak didik masih lagi mengingati jasa dan ilmu yang dicurahkan, walaupun tidak pernah mengharapkan balasan, namun serangkap ucapan menerbitkan bunga-bunga kegembiraan! Terima Kasih!

Ia sebenarnya memberi keinsafan kepada saya untuk sama-sama mengenang dan mengharapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru-guru saya.

Mengenang zaman persekolahan di SK Kuala Nal, Kuala Krai, Cikgu Abdul Hamid Zainol (dari Alor Setar) berkeras menyuruh saya ke SMK (A) Falahiah Pasir Pekan, walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh bapa, atas sebab jarak dan kewangan keluarga pada masa tu. Namun selepas dipujuk Cikgu Hamid, akhirnya setuju juga orang tua saya. Ingin sekali ketemu beliau, bertanya khabar mengucapkan terima kasih, berkebetulan saya sekarang menetap di Kedah. Insyaallah jika diizinkan.

Namun Alhamdulillah, 7 tahun pengajian (sehingga 6 Atas) di SMK (A) Falahiah banyak sekali mengubah nasib anak kampung seperti saya. Tak terbalas jasa Ustaz Mohammad Sulaiman, Ustaz Mustafa Mat Daud, Ustaz Abdul Halim, Cikgu Ghazilan, Ustaz Abbas, Cikgu Tuan Hasmah, Cikgu Wan Zainab (allahyarhamah), Cikgu Aklima, Ustaz Yassin, Ustaz Mohammad Yusoff (Qari) (allahyarham) dan ramai lagi yang tak tersebut di sini.

Begitu juga dengan guru-guru saya di Universiti Malaya ; Ustaz Halim Md Diah, Ustaz Zulkifli Yusoff, Ustaz Mustafa, Ustaz Fauzi Deraman, Ustazah Khadijah Hambali, Ustaz Abdul Hayei Abdul Syukor, Ustaz Johari Mat dan ramai lagi. Semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT.

Berkat pengajaran kalian kini saya pun seorang guru.

SELAMAT HARI GURU

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter