actions speak louder than words

Tuesday, April 28, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, April 28, 2009 in , | 4 comments
Terkilan sangat-sangat bila menyaksikan "red warrior" kecundang di tangan "red giant". tapi itulah hakikat yang mesti diterima. Jauh dilubuk hati mengimpikan kejayaan yang julung kalinya namun apakan daya, bak kata memang payah la "Manchester City" nak menang dengan "Manchester United" ni.

Saya ni bukan pandai sangat main bola ni, setakat liga kampung hadiah kambing tu boleh la . Tapi kira okey la, dapat beli boot Reebok Prestige dari titik peluh sendiri semasa tunggu SPM 1992. Kira hebat la masa tu. Dua sukan saja yang saya betul-betul minat : bolasepak dan sepaktakraw... tapi Malaysia nampaknya makin ketinggalan...macamana ni?

Apapun malam final itu saya, isteri dan anak tercongok depan tv. Awal-awal lagi saya kenakan syarat : semua program pada malam ini dibatalkan, berkuatkuasa serta merta! Terpaksalah anak dan isteri mematuhi arahan "Perdana Menteri" pada malam itu. Isteri saya yang tidak pernah menyokong Kelantan (kerana dia penyokong kuat Hijau Kuning) pun ikut serta mengulas macam Shebby Singh dan Collette Wong la pulak. Anak saya yang 2 tahun tu pun bila ditanya sokong Selangor ke Kelantan ? laju je cakap "Kedah" ???

Kekadang sakit hati juga dengar ulasan Hasbullah ni, nampak sangat bias kat Selangor. Tau la dia penyokong kuat Selangor, tapi agak-agak la. Subkidin pun sama, sampai 4 kad kuning bagi, Selangor tak ada pun? bersih sangat ke game Selangor malam tu?. Tapi bila Nor Farhan score gol, lain pula ulasan Hasbullah ni, macam tak percaya aje bunyinya. Ini mula la nak komplen...

Detik itu, saya menjangkakan impian akan menjadi kenyataan! Namun apakan daya kealpaan barisan pertahanan memberikan gol penyamaan kepada Selangor! Kecewa sungguh, apatah lagi bila Indra gagal dalam sepakan penalti. Tanda-tanda gagal tu dah nampak. Itulah bolasepak!

Namun di sebalik kekecewaan ada kegembiraan, kemampuan menempatkan diri dalam pertandingan akhir Piala FA yang pastinya bukan nasib. Itu membuktikan kemampuan sebenar skuad 2009. Tahniah kepada pihak Pengurusan, Penaja dan Pemain. Rasanya pihak pengurusan kena jenguk ke zaman 90 an dulu, di mana Kelantan pernah menampilkan banyak pasukan kelab dan negeri bertanding dalam Liga bolasepak di Malaysia (Kelantan TNB, JPS, SKMK , JKR dll) yang rata-ratanya dibarisi ramai pemain-pemain tempatan. Tapi di mana dan ke mana hala tuju pemain-pemain hebat di kelab-kelab dulu?

Belajarlah dari kesilapan. GOMO KELATE GOMO (liga super pulak la).

4 comments:

muiz said...

Tak sangka ust yus rupa-rupanya penyokong kuat kelantan FC...

yuss yusoff said...

tanah tumpah muiz, sikit2 asabiyyah lumrah la kan?

muiz said...

Tapi takde geng la ust nnt. Si kecil tu pun sokong Kedah. Ikut jadi macam ibunya...

yuss yusoff said...

tak pe muiz dah biasa lone ranger tp insyaallah diaorang tu akan 'didakwah' bagi sokong wira merah.he he tp hari tu kalah lagi dgn negeri 9 ..ish

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter