actions speak louder than words

Monday, June 01, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, June 01, 2009 in , | No comments
Agak lama tidak menulis, kesibukan tugas membataskan segala-segalanya. Namun sedikit kelapangan yang dikurniakan untuk guru-guru memberikan banyak kelegaan sebenarnya. Tidak terhingga ucapan syukur kepada yang Esa didahulukan.

Keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh pihak Kementerian Pelajaran telah diwar-warkan kepada umum. Walaupun belum nampak implemen yang tuntas tentang perkara tersebut (kerana melibatkan banyak pihak dan birokrasi), namun gayanya semacam direalisaikan secepat yang mungkin.

Pada hemat saya alasan yang gunapakai oleh pihak Kementerian (khususnya melalui Menterinya) untuk melunaskan agenda baru ini, iaitu mengimbangi masa pelajar supaya tidak semata-mata tertumpu kepada kurikulum bahkan melibatkan diri dalam kokurikulum, bukan satu alasan yang kukuh bahkan agak ganjil bagi saya.

Umum mengetahui pelajar yang mengambil lebih mata pelajar adalah pelajar yang sememangnya berkeyakinan dan berpotensi tinggi untuk mencapai kejayaan ni telah dibuktikan oleh Sdr Nur Amalina Che Bakri (17 1A 2004, Johor) Azali Azlan (21 A 2007, Kedah) dan terbaru Nik Nur Madihah (20 A 2008, Kelantan). Saya sangat-sangat percaya mereka ini telah diyakini kemampuan masing-masing oleh guru-guru mereka dan bahawasanya mereka juga mampu menangani apa jua situasi yang menghalang.

Sudah tentunya pelajar yang terkedepan ini melibatkan diri dalam kokurikulum yang berbentuk koku akademik seperti syarahan, kuiz, pidato & sebagainya. Mungkin mereka ini agak tengelam dalam koku sukan, tapi percayalah dengan keazaman yang ada bakal mengatasi segalanya.

Apa akan jadi dengan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan sekolah-sekolah SAR, SAN dan SABK di negeri2 lain seperti Johor dan Selangor dan sebagianya, yang sepengetahuan saya lebih awal dan telah lama dulu mengambil lebih dari 10 matapelajaran dan telah mencatat rekod lebih dari 10 A?(walaupun tidak diwar-warkan oleh media arus perdana).

Apakah idea ini benar-benar menghasilkan pelajar serba boleh? atau kita sekadar membataskan kemampuan, kebijaksanaan dan potensi insan-insan terpilih?. Sama-sama fikirkan!

Wallahua`alam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter