actions speak louder than words

Monday, March 31, 2014

Posted by yuss yusoff on Monday, March 31, 2014 in , , | No comments
Tarikh : 29 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan BITARA, SMSKP
Perasmi : Datuk Dr. Mohd Faiz bin Abdul Hamid mantan TNC HEP&A UUM.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 2014 ini buat julung kali diadakan pada hari Sabtu disebelah petang. Walaupun mendapat rungutan dari pelbagai pihak namun ianya terpaksa dilakukan kerana memberi alaluan kepada pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2013 pada tarikh yang sama yang dirancangkan berlangsungnya mesyuarat PIBG>

Alhamdulillah ia berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksana yang terlibat. Keadaan Dewan Bitara yang 'berasap' terutamanya disebelah petang tidak mencacatkan kemeriahan majlis. Ini kerana mesyuarat pada kali ini diselitkan dengan sedikit kelainan apabila perasmi yang dijemput turut sama menyampaikan ceramah motivasi. Warga SMSKP sangat bertuah dan mengalu-alukan kedatangan Perasmi & Penceramah Datuk Dr. Mohd Faiz bin Abdul Hamid mantan TNC HEP&A UUM.
Dalam mesyuarat kali ini tampuk pimpinan telah berubah atas permintaan Dato' YDP dan persetujuan ahli mesyuarat. Selepas 3 penggal (2011/2012-2012/2013-2013/2014) menerajui PIBG SMSKP, Dato' Mohamad Mohsin bin Dato' Hj Abdul Rahman dengan pelbagai kejayaan dicapai, beliau menyerahkan tugas kepada YDP PIBG yang baharu iaitu En. Nordeen bin Ahmad. 

Saat yang sanagat emosi bagi saya apabila berbual2 untuk kali yang terakhir teras hubungan saya dengan beliau bukan sekadar Setiausaha dengan YDP tapi lebih kepada anak dan ayah. Orang yang penuh hemah,  tiada protokol,  cakapan yang penuh nasihat, diselang seli lawak jenaka, berpengetahuan agama tidak lagi berpeluang saya ketemu.

Syukran Jazilan atas perkhidmatan Dato' YDP dan Ahlan wa Sahlan kepada YDP baru. Mabruk!



0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter