Salam,
Isnin lepas 4.3.2013 saya bersama2 dua lagi wakil PIBG SMS Kubang Pasu telah menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kedah dan Unit Penilaian dan Peperiksaan, PPD Kubang Pasu di Dewan Institut Aminuddin Baki (Utara).
Pada awal hemah saya ianya satu program yang bagus, tambahan dengan sambutan kehadiran yang menggalakkan dari wakil2 PIBG sekolah2 daerah Kubang Pasu terutamanya ibu bapa pejaga dan waris, dan wakil dari LPM En. Mohd Mas'udi b. Jelani dan En. Azam Shah b. Osman, dari JPN Tn. Hj Ismail Shahidan Ketua Sektor SPP JPn Kedah, Tn. Hj Zaini Rafie Ketua Unit PPK dan En. Mohamad Azran Abdul Wahab Pegawai Meja PBS (M) dari JPN Kedah, tentunya nanti ia akan menjadi medan perkongsian maklumat yang hebat.
Namun sangkaan saya meleset. Hasrat asal agar program ini sedikit sebanyak akan mengurangkan keraguan dan ketidakpastian ibu bapa penjaga tentang pelaksanaan PBS yang masuk tahun kedua (di Sekolah Menengah) sedikit demi sedikit pudar apabila wakil dari LPM menyampaikan 'syarahan'. Beliau seolah2 tidak bersedia sepenuhnya apabila soalan yang diajukan semasa sesi soal jawab sehingggakan sebahagian soalan terpaksa ditanya dua kali kerana tidak dapat memenuhi kehendak dan 'memuaskan hati' ibu bapa yang bertanya. Apalagi beliau asyik merujuk 'kawannya' untuk mendapatkan jawapan.
Antara persoalan yang ditimbulkan :
- Adakah PBS dilaksanakan di sekolah swasta?
- Bolehkan PBS mengatasi murid lemah dalam LINUS?
- Apakah mekanisma LPM untuk mengatasi 'bias' guru semasa pemberian gred PBS?
- Apakah bentuk PMR PBS yang akan dilaksanakan pada 2014 nanti?
- Apakah jaminan pelajar tidak akan hilang skill menjawab peperiksaan apabila naik ke menengah atas?
Hmm nak setuju ke tak dengan artikel ini : PBS banding system is impractical : The Star Online 6 Feb. 2013.
0 comments:
Post a Comment