Khabar dari rakan guru di SR, Permohonan Penempatan dan Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2014 dan 2015 dibuat secara online dan akan dijalankan selama sebulan mulai 1 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013. Jadi para ibu bapa, waris atau penjaga kanak-kanak (kami termasuk la tu) yang dilahirkan pada :
a. 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 perlu membuat permohonan ke darjah 1 sesi 2014
b. 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 perlu membuat permohonan ke darjah 1 sesi 2015
Pelan asalnya nak buat iikut online saja, tapi bila 'google tak dapat2 web dia, terus buat keputusan 'direct' ke sekolah terus. Takut terlambat nanti masaalah pula, jadi Isnin lepas saya bersama2 isteri ke SK Bandar Baru Sintok untuk mendaftar kemasukan ke Tahun 1 anak perempuan kami. Berkebetulan saya tengah bercuti kerana penganjuran Festival Wind Orchestra ke IV SBPSK jadi ada la masa terluang sikit.
Alhamdulillah, urusan selesai dengan jayanya setelah dipermudahkan oleh staff di pejabat sekolah SK Bandar Baru Sintok. Terima kasih banyak2. Kalau ikutkan kena bawa banyak dokumen tapi hari tu bawa sijil lahir dan salinan sahaja. Ogos nanti kena buat pengesahan dan Disember datang ke sekolah ambil surat tawaran. Kalau tidak sertakan sampul surat bersetem 60 sen nanti sekolah akan pos.
Sepatutnya Ibu bapa, waris atau penjaga kena bawa dokumen2 berikut :
- 1 salinan kad pengenalan ibu bapa / waris
- 1 salinan slip gaji terkini ibu bapa
- 1 salinan sijil nikah/pendaftaran perkahwinan
- Sijil Lahir Kanak kanak berkenaan ( Asal dan salinan photostat )
- Bukti alamat tempat tinggal ( Bil elektrik / Bil Air / Bil lain atau dokuman yang berkaitan )
- Sampul surat bersetem 60 sen dan beralamat sendiri.
Siapa yang sibuk dan tak berpeluang ke sekolah terus saja ke laman ini http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.
0 comments:
Post a Comment