Salam.
Saat ini hampir keseluruhan anak-anak pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM 2011 berada dalam keadaan bersedia. Hanya mereka yang 'terapung' saja tidak mengendahkannya.
Dalam keadaan perasaan yang bercampur baur itu, ada yang begitu tebal keyakinannya kerana apa yang diusahakannya sebelum ini, diharapkan akan dibalas dengan balasan yang setimpal.
Ada juga yang sebahagiannya bergantung kepada nasib, kalau bagus 'result' aku bagus la. Panjang la akal aku nak ke mana nanti. Begini la sikap sebahagian besar diri kita. Jarang menekuni sesuatu yang kita sudah tahu matlamatnya.
Sebetulnya semua kita ini menginginkan sesuatu yang baik, tapi hakikatnya kita jarang berusaha ke arah menggapai kebaikan itu. Bahkan banyak dalam kalangan kita mula terkesamping apabila didatangi cabaran-cabaran sekeliling, sekaligus memungkinkan kita mula menyimpang dari matlamat asal iaitu "Menuai Kejayaan".
Sudah barang tentu sesuatu yang baik itu amat susah untuk digapai apatah lagi perlu melalui kesukaran yang kadang-kadang kita diselubung rasa kecewa dan patah hati untuk melepasinya. namun ingatlah kejayaan yang disulami dengan kesulitan dan kesusahan lebih terkesan nikmatnya. Insayaallah. Man Jadda Wa Jada.
Semoga berjaya .
0 comments:
Post a Comment