actions speak louder than words

Friday, March 30, 2012

Posted by yuss yusoff on Friday, March 30, 2012 in , , , | No comments
Salam.

Sekali lagi SMS Kubang Pasu menjadi tuan rumah Karnival Pendidikan Islam peringkat (MTQSS) PKG Kodiang tahun 2012. Sebanyak 4 acara dipertandingkan pada tahun ini iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan dan Nasyid.

Semua acara telah dilangsungkan di sebelah petang bermula jam 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 4.00 petang. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Fathily b. Abdul Rahman, Penolong PPD (j-QAF) PPD Kubang Pasu. 

Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap acara terutamanya untuk semua peserta SMS Kubang Pasu yang berjaya mengungguli (Johan) 3 acara iaitu Tilawah (lelaki), Hafazan (lelaki dan perempuan) dan Nasyid serta Naib Johan dalam acara Syarahan (lelaki dan perempuan). 

Keputusan ini telah menobatkan SMS Kubang Pasu sebagai Johan Keseluruhan Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) PKG Kodiang 2012 (MTQSS) untuk tahun ketiga berturut-turut. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan karnival kali ini, semoga bertemu lagi pada tahun hadapan dengan pengurusan dan penghakiman yang lebih sistematik. Insyaallah.

Berikut senarai penuh pemenang Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) Menengah PKG Kodiang 2012

Tilawah al-Quran (Lelaki)
Johan : Mohd Safwan b. Mohd Yusuf - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Iqbal Hanafi b. Rosaidi - SMK Bandar Baru Sintok
Ketiga : Mohd Adam Muhaimin b. Mahayuddin - SMS Tunku Bendahara.

Tilawah al-Quran (Perempuan)
Johan : Siti Nur Yusra Abd Rahman - SMK Tunku Bendahara.
Naib Johan : Asma Zuriah bt Jaafar - SMK Bandar Baru Sintok.
Ketiga :  Amira Husni bt Mohd Shukri - SMK Megat Dewa.

Hafazan al-Quran (Lelaki)
Johan : Muhammad Umar Ali b. Baharuddin - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Muhamad Faris Fakhruddin b. Omar - SMK Megat Dewa.
Ketiga : Fawwaz b. Mohd Shariff - SMK Tunku Bendahara.

Hafazan al-Quran (Perempuan)
Johan : Nurul Hidayah bt Abdul Ghaffar - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Nabila bt Naser - SMK Bandar Baru Sintok.
Ketiga :  Nor Hasima bt Halim - SMK Megat Dewa.

Syarahan (Lelaki)
Johan : Rafiqi b. Rosli - SMK Tunku Bendahara. 
Naib Johan : Muhammad Mustaqim b. Mohd Razali - SMS Kubang Pasu.
Ketiga : Mohd Ikhwan b. Shamsudin - SMK Megat Dewa.

Syarahan (Perempuan)
Johan : Nurul Shafiqah bt. Zulkifli - SMK Megat Dewa.
Naib Johan : Atikah Balqis bt Mohd Razali - SMS Kubang Pasu..
Ketiga : Norhaiza Natasya bt Mokhtar - SMK Bandar Baru Sintok.

Nasyid
Johan : Subulussalam - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Firdausi - SMK Tunku Bendahara.
Ketiga : Al-Kauthar - SMK  Bandar Baru Sintok.

Barisan VIP : Hjh Rafeah, Ust Fathily, En. Naser
Ust Fathily menyampaikan ucapan perasmian

Johan Hafazan Lelaki : Muhammad Umar Ali b. Baharuddin

Johan Hafazan Perempuan : Nurul Hidayah bt Abdul Ghaffar
 
Naib Johan Syarahan Perempuan : Atikah Balqis bt Mohd Razali

Naib Johan Syarahan Lelaki : Muhammad Mustaqim b. Mohd Razali

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter