actions speak louder than words

Monday, November 14, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, November 14, 2011 in , , , | 1 comment
Salam .

Khabar dari Berita Online :

Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam

2011/11/12

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan guru supaya tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru. 

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira," katanya. 

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Wee berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri terbabit tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya," katanya. - BERNAMA

Kita yang di Kedah ni memang la tak panik (buat masa ni aje), yang panik tentunya kawan kita kat Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak tu. Tapi kami kat SBP ni dah lama kerja 9 jam bahkan ada masanya lebih dari itu. Ikutkan kami dah lama panik!


1 comments:

nagaliar said...

guru2 bukan tikus puteh...bkn bahan xperiment utk org2 politik...hu3

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter