Salam.
Walaupun belanjawan dah lama berlalu dan ada segelintirnya sudah merasai 'nikmat' pengumuman belanjawan namun masih lagi dalam ruang bicara antara guru dan ibu bapa ialah tentang yuran sekolah.
Banyak sekali tulisan dan ulasan dapat dibaca diruang maya ini. Ada yang menyokong dan ada yang memandang sinis. Banyak persepsi dilontarkan kerana segalanya dilihat belum jelas. Ada yang mengadu walaupun 'pengumuman' dibuat yuran sekolah dimansuhkan namun ianya bukan kesemuanya kerana da lagi yuran atau istilah lebih lembut 'bayaran tambahan' yang dikenakan pihak sekolah.
Layaknya ibu bapa merasa sangsi kerana waktu Pak lah dulu (2007) telah ada pengumuman semacam ini, natijahnya banyak juga yang ibu bapa kena bayar 'bayaran tambahan', jadi di mana pemansuhannya? sedar tak sedar hanya beberapa ringgit dimansuhan.
Sebenar saya tak kisah jika ibu bapa mengomel pasal bayaran yang 'tak sepatutnya' tetapi jika ada yang mengomel tentang bayaran yang dikenakan untuk program peningkatan prestasi akademik (biasanya melalui PIBG) saya merasakan betapa ceteknya maklumat ibu bapa tersebut. Di petik kata-kata seorang penyunting novel Rusidah Salim : Baca DI SINI.
Sikap segelintir mereka yang tidak mahu berkorban (wang ringgit) semata-mata untuk kejayaan anak-anak adalah amat tidak munasabah. Jika mereka terlibat secara langsung sudah tentu mereka akan termenung jauh dan terbawa-bawa ke tempat tidur memikirkan berapakah belanjanya ribuan rim kertas A4 untuk latihan, saguhati penceramah jemputan, kem motivasi, modul-modul mata pelajaran, majls interaksi dengan ibu bapa dan sebagainya (untuk satu-satu program kecemerlangan sekolah).
Biasanya segelintir mereka (ibu bapa) inilah yang menyanjung tinggi usaha anak mereka apabila kecemerlangan digapai dan tuntasnya menyalahkan guru-guru apabila si anak kecundang.
Sama-sama berdoa apa yang di'bajet'kan menjadi kenyataan dan bergandingan memartabatkan ilmu! Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment