actions speak louder than words

Tuesday, April 12, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, April 12, 2011 in , , | 2 comments
Salam.

Dalam asmaa' Allah SWT, al-Hakim merupakan salah satu nama dan sifat yang menunjukkan kebijaksanaan Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun. Bahkan masyarakat kita membiasakan diri dengan menyebut 'Maha Bijaksana' bagi menggambarkan betapa bijaksananya Allah SWT berbanding makhluk.

Bijaksana Allah ini meliputi segalanya sebahagiannya mampu dihuraikan oleh manusia dan sebahagian lagi masih dalam pengkajian dan sebahagiannya juga diluar bidang penegetahuan mereka. Maha Besar Allah SWT.

Di antara tanda kebijaksanaan Allah SWT yang manusia boleh mengambil iktibar ialah asal kejadian manusia itu sendiri. Daripada permulaan kejadian sehinggalah kepada kelebihan - kelebihan dianugerahkan akal, fizikal yang sempurna, cap jari, sel-sel seperti DNA dan sebagainya, diharapkan menjadikan manusia sentiasa bertadabbur dan akhirnya melahirkan sikap syukur dalam diri.

Walaupun rasa syukur boleh dipupuk dan terjemahkan ke dalam pelbagai bentuk pengakuan hati, percakapan lidah dan pembuktian anggota, namun manusia nampaknya terkesamping dalam hal ini.

Manusia, ada kalanya menzahirkan keunikan kejadian Allah SWT yang ada pada mereka umpamanya kesempurnaan fizikal, ke dalam bentuk yang salah lagi terpesong dari landasan syariat.

Lihat DI SINI dan DI SINI. Petikan "orang cerdik" lebih kurang begini bunyinya :

"Kami tidak takut meneyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. "Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. dalam erti kata lain, sambil 'enjoy', buat benda baik, ".

Nah beginilah dapat difahami bahawa "cerdiknya' golongan manusia zaman kita ini. "Cerdik" yang boleh menyebabkan mereka merana di alam baqa'. Na`uzubillah. "Cerdik" yang sudah tidak lagi mampu membezakan kebaikan yang sebenar-benarnya. Kebaikan yang boleh memberi manafaat untuk kehidupan dunia yang fana dan akhirat yang abadi.

Mana JAIP & MUIP ni?. Mufti Pahang tak mahu ulas ke? Takkan Mufti Selangor dan Mufti Pulau Pinang je buat ulasan?






2 comments:

irwanmiswan said...

salam ustaz....mintak izin untuk share artikel ustaz dengan pembaca blog saye ye

pelik dengan dunia sekarang...laki nak jadi perempuan...perempuan nak jadi laki

ustyus said...

salam irwan, silakan.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter