Menguruskan disiplin murid di sekolah merupakan satu kerja yang maha berat bagi mana-mana guru yang dipertanggungjawabkan dengan tugas yang sedemikian.
Memegang title setiausaha disiplin dengan waktu mengajar 16 waktu seminggu bukanlah satu aset untuk dibanggakan, bahkan SU disiplin lebih terdedah kepada perkara-perkara yang tak terjangka akan berlaku yang sekaligus melibatkan reputasi dirinya.
Ini kerana jawatan yang sedemikian merupakan bahana yang memungkinkan seseorang guru itu akan dibenci atau paling tidak pun tidak disukai oleh khalayak pelajar (terutamanya yang melanggar peraturan dan undang-undang sekolah@asrama).
Walaupun tugas ini telah 'diserahkan' kepada semua guru selaras dengan pekeliling 'semua guru adalah guru disiplin' ianya tetap tidak mengubah persepsi murid tehadap guru disiplin di sekolah, terutamanya apabila sampai kepada bab 'membuat keputusan'.
Berita pendidikan semalam digemparkan dengan kes 20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior. Saya menjadi cakna kerana jaraknya cuma 10 KM dari rumah saya, apatah lagi nama sekolah saya pun hampir sama dengan nama sekolah yang terlibat. Lagi cakna apabila kawan2 dah mula ber SMS menanyakan khabar berita.
Apabila dibaca ulasan di akhbar (BH), kes ini agak pro kepada ibu bapa dan kontra kepada pihak sekolah. Inilah adalah satu kelemahan ketara 'berita' di akhbar2 dan di kaca2 tv di Malaysia : suka mengulas isu dari sebelah pihak, manakala sebelah pihak lagi tidak diberi peluang untuk menyatakan pendiriannya.
Secara peribadi saya berpendapat, (selepas mendapat maklumat dari sumber yang sahih) kes ini telah mendapatkan perhatian yang sewajarnya dari pihak sekolah, di mana pelajar2 yang terlibat telah direhatkan (digantung) untuk tempoh tertentu bagi memberi penelitian khusus untuk tindakan susulan yang sewajarnya.
Akhirnya keputusan membuang pelajar2 yang terlibat merupakan jalan terbaik yang diputuskan oleh pihak pengurusan sekolah (SU Disiplin&HEM), selaras dengan title Sekolah Berprestasi Tinggi yang diraih baru-baru ini.
Apapun pelajar2 tersebut khabarnya boleh merayu dalam tempoh sebulan! Semoga berjaya! Ambil pengajaranlah wahai murid-muridku di SMSKP.
p/s :
- kagum dengan pengurusan sekolah SBPIKP yang menghalang penglibatan pelajar mewakili sekolah dalam aktiviti sukan (hari tu kriket) sekiranya tidak melepasi pointer yang ditetapkan. Syabas!
- berasapla jurulatih sukan kat sekolah bila anak buah gagal di'padang'kan.
-ingat lagi tag line unit disiplin masa kat SBP Integrasi Mersing 'You Touch You Go".
2 comments:
tudia.. sampai 20 org ?
apapun, nasib naik sy bdk baik .. x buat kcau ... ;)
emm..man jadda wa jada man zara`a hashoda
Post a Comment