actions speak louder than words

Monday, January 10, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, January 10, 2011 in , | 1 comment
Salam.

Sehari dua ni ada satu dua cerita yang sampai kepada saya yang saya boleh kategorikan sebagai mendukakan, walaupun saya yakin teramat yakin dan percaya ianya tidak lain dan tidak bukan adalah ujian dari Yang Maha Esa.

Sahabat saya di SMSKP Cikgu Khairuddin khabarnya semakin kronik dengan penyakit kanser lidah, walaupun pada tahun lepas telah menjalani pembedahan dan dikatakan telah beransur baik. Namun dikatakan tetiba jangkitan kuman tidak lagi dapat dikawal sekaligus merebak ke bahagian-bahaian lain sekitar leher & tengkuk yang mengakibatkan beliau sukar untuk bercakap dan menjamah makanan. Kuasa Allah SWT.

Bila baca blog Nagaliar pula, saya dapat maklum Cikgu Nawiah SMSSI (SBPIM dulunya) sedang bertarung dengan penyakit kanser paru-paru, khabarnya dah tahap paling kritikal. Terbayang saya wajah cerianya semasa saya di SBPIM 2004-2005 dulu. Ajaibnya dia tak pernah pun mengesan ada tanda-tanda penyakit ni. Dikatakan beliau cuma batuk-batuk panjang sebelum cuti persekolahan tahun lepas, natijahnya awal tahun baharu didiagnosis dengan kanser. Kuasa Allah SWT.

Besar harapan saya semoga dua sahabat saya ini sentiasa di bawah lindungan Allah dan akan sembuh sepenuhnya.


1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,
lama tak dengar khabar. sihat je kan? anak sulung pon dah 4 tahun, kejap je rasa. :)

tergerak nak komen kat entry ni sebab anak sulung arwah cikgu khairuddin rakan baik sy kat uia skrg, rase mcm kecik je dunia, tak sangka ustz kenal arwah.

kalau ustaz tak ingat sy, sy syazana SPM 2006 SBPI Mersing. :)

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter