actions speak louder than words

Sunday, December 05, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, December 05, 2010 in , , | No comments
Salam.

Malam tadi lepas dengar Buletin Utama TV3 kata petrol, diesel, gas asli dan gula akan naik menjelang tengah malam, isteri saya cepat-cepat suruh belikan gula dan isikan minyak kereta. Bagi penuh katanya. Saya jawab dengan nada selamba, cepat ke tak cepat minyak yang dah habis perlu diisi (kebetulan pula petang tadi meternya dah berkelip-kelip) hinggakan anak saya yang 3 tahun lebih tanya : Boleh sampai rumah ke kita ni abah?

Terkenang pulak masa saya kat Aceh hari tu, kalau tak silap petrolnya cuma RP4500 sahaja kalau dihitungkan lebih kurang RM1.60. Murahkan. Entahlah kerajaan Indonesia ni buat rasionalisasi subsidi atau tidak. Tak tahu pulak saya. Dengar khabarnya ada turun naik pulak tu harga dia. Kat Malaysia ni kalau dah naik tu jangan harapla nak turun balik.

Beginila nasib kita negara pengeluar minyak. Tak sedap dengar bila Menteri di JPM TS Mohamed Nor Yackop kata kenaikan tu kecil aje, tak membebankan pun (tengok Buletin UtamaTV3 malam tadi) sambil menggerakkan jari telunjuknya dengan ibu jari. Itulah kata-kata orang kaya. Kata-kata orang kayap? Siapa peduli.

Tunggulah nanti berduyun-duyun pengusaha teksi, bas jumpa pak menteri minta naik tambang. Tokey kedai mamak pula sengih je manjang, apa taknya ada peluang lagi nak naik harga roti dan teh tarik ni. Nasib-nasib.

Wassalam.

-gambar kat atas ambil kat wikipedia, klik untuk paparan lebih jelas-


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter