actions speak louder than words

Wednesday, August 11, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, August 11, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

11 ogos telah menjelma. Saatnya telah tiba. Ramadhan al-mubarak diraikan oleh seluruh pelusuk manusia, muda dan tua tanpa mengira bangsa.

Bulan yang penuh barakah dan rahmah bagi mereka yang membuka pintu hati masing-masing untuk menerima dan meraikannya tanpa perlu membina jurang hijab di antara makhluk dan khaliq.

Akan tetapi ia adalah sebaliknya (menjadi musibah) bagi mereka yang berhati keras lagi enggan bermuhasabah diri, sengaja menafikan keperluan diri manusia yang sentiasa mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri masing-masing. sifat leka dan alpa berterus-terusan menanggapi golongan ini. Wal`iyazubillah.

Besar ajaibnya hikmah dan barakah Allah SWT sebenarnya, di bulan yang penuh mulia ini digambarkan seribu macam perangai manusia yang sekelip mata berubah untuk mengahadapi Ilah.

Segelintir mereka yang dulunya melupakan tangga-tangga masjid, sudah menjadikannya rutin untuk dipijak. Segelintir mereka yang jarang beramalan sunat (solat) berbelas-belas rakaat mula membiasakan diri melakukannya. Segelintir mereka yang tak pernah berjual beli, sekarang asyik leka mengira untung laba. Segelintir mereka yang hanya melafazkan ayat-ayat suci dalam solat, sudah mula menjadikannya rutin selepas beribadat.

Begitulah gambaran segelintir manusia yang dialihkan Allah jiwa dan semangatnya. semoga kita sentiasa teralih untuk melakukan amalan-amalan yang bermanafaat di bulan yang mulia ini, sekaligus menjadi pemangkin untuk bulan-bulan yang akan datang dengan penuh istiqamah.

Hayya bil Jihad.


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter