Salam.
"Salam Ust..alhamdlh..hampir ksemua bdk 5Arif 2009 dpt biasiswa dlm n luar negri..mgkin brkt doa guru2..trima kasih ust.."
SMS ini saya terima petang kelmarin. Daripada Anis Suzanna Mat Rejab bekas pelajar SPM 2009 di SMK Derma. Berkebetulan pula saya mengajar di kelas beliau 5 Arif. Kelas yang paling 'bitara' bagi tingkatan 5 di SMK Derma. Ringkas saja SMSnya namun membuatkan saya berfikir panjang. Berfikir tentang masa-masa saya bersama mereka di sana (tahun lepas). Banyak pahit manisnya. Apatah lagi bila menerima ingatan sebegini dari bekas pelajar.
Sebetulnya mengajar di kelas ini (5 Arif) bukannya satu masalah besar, bahkan banyak memudahkan cikgu-cikgu sebab semua pelajarnya cakna-cakna (puji sikit). Saya rasa semua guru di SMK Derma mengakuinya. Itu bukan isunya, tapi apa yang menariknya ialah hubungan murid dengan guru dan barakah pembelajaran itu sendiri. Di mana keduanya saling bergandingan. Murid patuh ilmu barakah.
Senario murid dan guru ketika ini menyukarkan kita menterjemahkan hubungan baik murid dengan guru dan keadaan barakah pembelajaran itu sendiri. Banyak sekali kita dengar berita yang dipaparkan di TV, dada akhbar, majalah dan makalah tentang perlakuan, percakapan dan tanggapan hina murid kepada gurunya. Ada yang sanggup menggelar, memaki hamun dengan kata-kata nista, mengugut, mencederakan , memudharatkan harta benda (menconteng kereta, menyimbah cat di kereta dll) dan tak sunyi juga menyaman guru yang tiada taranya jasa mereka kepada murid terbabit. Pengalaman saya 6 tahun di sekolah harian dan SBP juga menceritakan segala macam pahit manis kerjaya guru.
Isunya nampak semacam tidak berapa menyebelahi guru, kerana hasil perlakuan itu dikatakan berpunca dari tindakan guru itu sendiri (terutamanya ketika tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah). Tambahan pula pula dalam banyak kes sebahagian ibu bapa pula semacam tidak akur dan tidak berupaya memahami kerjaya sebenar seorang guru (mendidik bukan semata-mata mengajar) bermati-matian menyebelahi anak mereka. Peliknya segelintir mereka itupun bergelar guru.
Besarnya cabaran guru. Murid ini mungkin lupa atau tidak tahu, mungkin juga buat-buat lupa atau ego semata-semata, (di mana sebenarnnya kedudukan guru berbanding murid). Lupa pentingnya barakah dalam pembelajaran. Setinggi manapun kejayaan yang dicapai, jika tiada barakahnya akan merudum jua maruah yang ditatangnya. Ada yang merasakan kejayaan yang dicapai itu hak mutlak masing-masing, tak akan terkesan oleh satu apa pun. Jika benar begitu nescaya mereka silap. Maksud firman Allah SWT (ali 'Imran 26) :
"Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki." Maksudnya, Engkaulah yang mempunyai kuasa pemerintahan terhadap semua ciptaanMu dan Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki di antara makhluk-makhlukMu. "Dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki." Iaitu dengan memberinya kemuliaan itu. Dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.; Iaitu dengan mencabut kemuliaan darinya. Di tangan Engkaulah segala kebajikan Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa atas segala sesuatu.
Jika mereka merasakan tidak pentingnya barakah lihatlah apa yang berlaku disekeliling kita berapa banyak manusia yang telah hilang maruah, terhina nama dan tertanggal jawatan kerana isu rasuah. Mereka ini bukannya 'peon' pejabat atau mat despatch yang diketahui umum kelulusan akademiknya, tapi cerdik pandai yang tiada barakah dalam ilmunya. Akhirnya terpalit dengan kemurkaan dari Allah SWT. Sebagai manusia yang pernah menjadi murid, sama-sama kita renung ayat Allah SWT dalam Al-an`am 165 yang bermaksud :
"Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmah dan inayahNya.
Wassalam.

2 comments:
betul tu ustaz, ramai golongan yang bersifat cam tu wp mereka orang yang bijak pandai..
kita kat sekolah ajar yang baik2 je tp bila kt luar anasir2 jahat ni lagi menguasai
Post a Comment