actions speak louder than words

Tuesday, February 09, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, February 09, 2010 in , | No comments
Salam.

Sudah 2 hari saya balik dari Kursus Kenegaraan BTN di Kem Platih Naka, Kuala Nerang. Seramai 100 peserta dari Jabatan Pelajaran Perlis dan IPGM dari semuda usia 24 tahun sehingga yang berusia 47 tahun telah hadir. Kursus yang bermula pada 3 sehingga 7 Februari lepas dan dilabelkan sebagai KAO-K0111-10 berjaya ditamatkan dengan bermacam persepsi di benak saya.

Pada mulanya saya sedikit menyetujui pelaksanaan kursus ini amat bertepatan dengan visi utamanya iaitu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan peserta. Namun begitu ketika detik-detik pengakhirannya, sudah nampak ianya terpesong (gelong) dari matlamat asalnya. Pengisian slot malam terakhir mula menimbulkan rasa cuak di hati saya.

Kami disajikan dengan klip video yang memaparkan suasana yang tidak aman di negara lain (peristiwa Ambon, Palestin dan sebagainya) dan beberapa siri keganasan yang dilakukan oleh KMM, al-Ma'unah dan beberapa siri demonstrasi jalanan oleh penyokong Anwar Ibrahim (1998). Saya tertanya-tanya apakah tujuannya?

Namun disebalik pertanyaan saya itu, akhirnya terjawab juga persoalannya di mana ketika kami hampir balik, sekali lagi kami disajikan dengan klip video, kali ini klip video sidang DUN negeri Perak (versi edit) dengan paparan yang sengaja diboldkan : pihak pembangkang ganas, tidak mematuhi etika dewan, gila kuasa, tidak menghormati Sultan (Perak) dan sebagainya. Walaupun isu tersebut diputuskan di mahkamah pada hari ini (9.2.2010) tapi sudah ada unsur-unsur provokasinya. Cekap sungguh.

Jadi terjawab sudah agenda sebenar BTN yang selama ini dikatakan sebagai 'pemangkin' pihak kerajaan. Kecaman hebat sebelum ini oleh pihak pembangkang tentang matlamat dan silibus BTN ada ada juga benarnya.

Biarpun begitu syabas kepada ketua jurulatih (Pak Ghazali) kerana berjaya 'memaksa' kami melakukan bermacam aktiviti yang agak mustahil untuk atlit semi-pro macam kami (esp. lari 2 KM, woodywoodpecker, kembara dll). Salam perkenalan & salam perpisahan untuk ahli Kumpulan 6 dan fasilitator Puan Hariati yang 'comel lote', semoga kekal dengan ombak, bulat, empat segi dan tiga segi masing-masing. Ilaa liqaa'.

Wassalam.



0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter