actions speak louder than words

Sunday, October 18, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 18, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hangat juga isu penarafan universiti seluruh dunia THE-QS bagi tahun 2009 baru-baru ini. Ada yang mengiktiraf keputusan tersebut dan tak kurang juga ada yang agak sinikal lagi tak berpuas hati. Setiap mereka ada hujjahnya yang tersendiri.

Pada saya adalah adil seseorang itu mengutarakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu, apatah lagi ianya melibatkan diri atau organisasi yang dinaungi atau diterajuinya. Itu sudah lumrah alam. Namun begitu, rasa ketidakpuasan itu bukanlah satu ukuran yang menjadikan hujjahnya itu diterima pakai oleh orang lain apatah lagi mendapat pengiktirafan.

Baru-baru ini (13 oktober) di Utusan Malaysia, saya ada membaca tulisan Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor Universiti Sains Malaysia) : "Bencana Penarafan Universiti?" di mana tulisannya banyak memperkatakan tentang ketidakadilan dan ketidakseimbangan dalam menentukan kedudukan dan penarafan universiti-universiti di seluruh dunia.

Sehingga dikatakan wujud di dalamnya unsur-unsur "rasuah" (jika benar kenyataan Prof. TSDAR) sehingga menjadikan universiti yang mendapat pengiktirafan itu akhirnya akan menjadi seperti kerbau dicucuk hidung, tanpa mempedulikan sedikitpun nilai kejujuran dan keluhuran dalam kelimuan yang akhirnya akan menjerumuskan mereka semata-mata ke arah nilaian komersial yang tidak bermaruah.

Sekalipun begitu, saya secara peribadi juga percaya bahawa pihak THE-QS telah menetapkan kritirea-kritiria yang tertentu untuk dijadikan bench-marking kearah penarafan yang diterima pakai oleh semua. Apapun tulisan dan pandangan Prof. TSDAR juga tidak boleh diketepikan begitu saja. Semoga para penaung dan pentadbir universiti-universiti di Malaysia menjadikan isu ini sebagai cabaran.

Wallahua`lam.


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter