actions speak louder than words

Monday, June 22, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, June 22, 2009 in , | No comments
Salam.

Sambutan Hari Bapa telah pun berlalu, sejujurnya saya tidak pernah menyambut hari bapa dengan kera`ian kad, kek ataupun tiupan lilin. Itu jauh sekali. Bukan bermakna tiada sekelumit penghargaan buat insan bergelar "ayah", Namun saya merasakan ianya wajar dijelmakan melalui tindakan yang sememangnya hanya difahami oleh insan yang bergelar anak dan bapa.Dan sememangnya itulah amalan saya.

Balik ke kampung cuti sekolah yang lepas, agak berbeza kali ini. Ketara kesihatan Ayah agak lemah, walaupun cuba tunjukkan muka ceria melayan cucunya, maklumlah jarang berjumpa. Kerut dahinya menggambarkan segala.

Walaupun mengambil masa yang lama untuk "serasi", kesabaran untuk bemesra dengan cucunya (kadangkala payah untuk saya amalkan) menjadikan saya kagum dengan sikap Ayah.

Teringat zaman persekolahan dulu. Ayah cukup tegas orangnya, maklumlah guru Quran katakan. Pantang silap sikit, mesti kena. Sebatan rotan jadi "trademark" . Tiada siapa yang berani mendongak kepala apabila dia menyinga, termasuk la kami adik beradik, sepupu dan anak murid Qurannya. Tapi saya bersyukur kerana "trademark"nya lah saya menjadi. Amat berbekas ajarannya.

Itu dulu, sekarang ayah sangat-sangat berbeza pewatakannya (mungkin faktor usia), mudah berlembut walaupun sekali sekala agak tegas. Banyak perkara kami anak beranak bercerita. di serambi rumah yang tidak siap-siap itu, bermula dari masaalah keluarga (kami adik beradik), karenah jiran, anak getah dimakan babi, kisah menoreh, lembu kambing, sehinggalah kepada pengundian di Manik Urai.

Agak lancar cerita ayah walaupun sesetengahnya saya anggap rahsia besar (keluarga kami) Mungkin saya anak yang sulung. Lebih dipercayai? Agaknya..

Kadangkala saya cuba praktikkan gaya laku ajaran Ayah kepada saya (dan kami adik beradik ), kepada anak saya, namun kebanyakan tidak berjaya...barulah saya tahu betapa susahnya menjadi seorang Ayah yang berbkati..Berkeras sikit anak merajuk, berlembut sangat nampak macam tidak patuh...Itulah kredibiliti seorang Ayah yang tidak boleh dibeli...walaupun cuba diikuti...

Semoga berbahagia Ayah dan terus menginspirasi...Amin Ya Rabbal `Alamin...

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter