actions speak louder than words

Monday, June 22, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, June 22, 2009 in , , | No comments
Salam.

Sabtu lepas (20 Jun 2009), saya berkesempatan mengiringi 17 pelajar sekolah saya (SMK Derma) menyertai Pertandingan Lalulintas SHELL yang diadakan di Sungai Batu Pahat Perlis.

Pertandingan yang disertai oleh 14 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah seluruh Perlis yang ratanya berjumlah 450 orang pelajar, mempertandingkan 3 kategori utama iaitu pedalcar, basikal dan pejalan kaki. Selain ujian bertulis dan ujian berkomputer yang telah diadakan sehari lebih awal.

Pertandingan yang bermula jam 8.45 pagi berakhir sekitar jam 1.30 petang, telah di rasmikan majlis penutupannya oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato` Seri Dr. Md Isa Sabu.

Secara peribadi saya merumuskan program tanggungjawab sosial SHELL ini merupakan satu pendidikan jasmani dan rohani yang sangat baik untuk generasi muda. Ini kerana kita rakyat Malaysia mempertaruhkan nyawa yang bukan sedikit dalam kemalangan jalanraya saban tahun. Harapnya program sebegini dapat memberi kesedaran di usia muda.

Jesteru tu tidak hairanlah program ini telah berjalan lebih 50 tahun dan akan dilaksanakan bagi tempoh 50 tahun lagi (janji Pengurus Besar SHELL Wilayah Utara : Calvin Eng)
Alhamdulillah pasukan SMK Derma, telah berjaya menjadi Naib Johan Keseluruhan, Naib Johan Berbasikal, Keempat Pejalan kaki, Naib Johan Ujian Berkomputer dan Naib Johan Ujian Bertulis. Kejayaan ini berjaya memperbaiki kedudukan pada tahun lepas (keempat).

Tahniah diucapkan.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter