actions speak louder than words

Tuesday, February 24, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, February 24, 2009 in | No comments
Sebenarnya saya baru balik dari menghadiri Seminar Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Pan Pacific KLIA dari 19-21 FEB lepas. Seminar 2 hari anjuran YADIM, YADMI, KPM dan KPT ini sangat menarik. Syukur kepada Allah SWT kerana mentakdirkan saya hadir di majlis ilmu bertaraf global ini. (sepatutnya saya perlu berada di sekolah untuk hari terakhir Kejohanan Olahraga Tahunan).

Sesuai dengan kehendak semasa yang memungkinkan masyarakat memerlukan penerangan dan perincian yang jelas dan jitu melalui dawabit2 yang sahih lagi meyakinkan, maka pembentangan kertas kerja seperti "Ancaman Islam Liberal", Refleksi Pembaharuan ASWJ", Kerangka Spiritual Dalam Pembentukan Akhlak", Tasawuf dan Peranannya Dalam Pembinaan Kerangka Spiritual ASWJ" dll amat bertepatan.

Maklumlah sekarang ini banyak sangat anasir-anasir luar dan dalam, mula mempengaruhi peribadi, perlakuan, perkataan bahkan akidah seseorang sehingga saling menyalahkan sesama sendiri sampai sanggup mengkafirkan saudara seagama yang lain. Masyaallah!

Dengan kehadiran alim ulama terkenal Malaysia seperti Dr Uthman El Muhammady (Fellow ISTAC), Dr Mahmood Zuhdi (UIA), Dr. Idris Zakaria (UKM), Dr. Abdul Manam Mohamad (UDIM), Prof. Zakaria Stapa (UKM) dan pembentang kertas kerja dari Indonesia seperi Bapak Tarmizi Tahir ( Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia/Mantan Menteri Agama Indonesia), KH Maaruf Amin (Ketua Komuniti Fatwa Majlis Ulama Indonesia), Dr. H. Ahsin Sakho Muhammad (Rektor Institut Ilmu al-Quran, Jakarta) dan Prof. Dr. Sirajuddin Zar (Rektor Institut Agama Islam Negeri, Padang).

Terasa amat kecil diri ini apabila menyebut nama-nama di atas, apatah lagi duduk bergandingan dan mendengar pepatah ilmu dari mereka. Apapun saya dan 250 orang peserta yang lain termasuklan wakil dari IPT, PUM, Persatuan Ilmu Falaq dll, termasuk juga individu dan pesara-pesara seperti Tn Hj Dangiran (Bekas Pengarah JAPIM) semestinya dan sesungguhnya akan merasa bertuah kerana sedikit sebanyak dapat menyelami martabat ilmu-ilmu seperti tasauf, tauhid, feqh, sirah, hadis terutamanya yang bersangkut paut dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Allahuakbar

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter