Lama juga tak ada entry kat blog ni, hampir 10 hari, dari sebelum raya eiduladha hari tu sampaila sekarang. Sebenarnya saya baru balik beraya dari Kelantan. Bertolak lebih kurang pukul 2.45 ptg dalam hujan renyai-renyai, lambat sikit perjalanan (hampir 8 1/2 jam) kerana terpaksa follow pemandu-pemandu yang tak berapa berani menekan pedal lebih dari 90KM/J menyusuri jalan Tanah Merah-Jeli-Grik yang bersimpang siur.
Banyak juga cerita yang boleh dikongsikan daripada khutbah raya, khutbah jumaat dan majlis walimatul `urus sepupu perempuan di kampung. Oleh kerana isunya hampir sama iaitu kekeluargaan jadi ianya lebih mudah dirangkumkan.
Hari pertama beraya di Kedah, tersentuh juga hati bila khatib membaca khutbah yang berkisar tentang masaalah kekeluargaan. Fokusnya mengenai semangat berkorban namun isunya dialihkan sedikit menjurus kepada peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak agar menjamin kebahagian keluarga sekaligus memungkinkan penghasilan masyarakat yang penuh dengan mahabbah dan rahmah.
Pengorbanan Bapa (bakal ) Diperlukan Di Peringkat Paling Awal :
Memilih bakal isteri.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Secara jelasnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang sememangnya menjadi impian setiap lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.
Namun apa yang lebih penting, hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.
Mungkin wanita yang beragama dan berakhlak mulia seperti saranan hadith itu tidak memiliki pakej berharta, jelita, berdarjat, namun pengorbanan yang besar bakal bapa mengenepikan gelojak hati, akan dapat dilihat hasilnya apabila dikurniakan zuriat kelak. Insyaallah dengan paduan suami yang berakhlak dan isteri yang beragama diadun dengan sifat mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (kasihan belas) nescaya bakal tercapailah impian keluarga sakinah (tenang dan bahagia)
Pengorbanan Diperingkat Akhir :
Para bapa juga sangat penting iaitu ketika menikahkan anak perempuan mereka. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak khususnya perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”. Riwayat Tirmizi
Jesteru itu, jadikanlah sifat-sifat ini (baik akhlak dan agama) dan sebagai kriteria utama di dalam memilih bakal isteri atau suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut.
Wanita atau lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya wanita atau lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin. Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidupnya akan melenyapkan harta kekayaan, ktinggian darjatnya, kejelitaan wajahnya.
Suami isteri yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang kemurkaan Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah mawaddah dan rahmah dapat dikecapi? Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.
Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:
“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.
Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini kerana perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal dikemudi bersama dengan pasangan.
Seandainya saranan Nabi SAW tidak diendahkan maka tidak hairanlah zaman ini wujudnya anak yang cuba menjatuhkan maruah ibubapa secara terangan atau sembunyi bahkan lebih dahsyat lagi ada yang cuba membunuh insan yang bersusah payah melahirkan mereka ke dunia. Wal`iyazubillah!
Kesimpulannya :
kaum lelaki mahupun wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.
Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).
Wallahua`llam.

0 comments:
Post a Comment