actions speak louder than words

Saturday, November 22, 2008

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 22, 2008 in | 2 comments

Syabas Pak Menteri JPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas usaha membekalkan al-Quran untuk diletakkan di hotel2 yang betaraf 5 bintang tidak lama lagi. Tidakla susah sangat nak belek-belek Quran ketika waktu terluang khususnya ketika menghadiri kursus2 kelolaan Kementerian Pelajaran (saya lebih gemar mengunakan istilah lama "Pendidikan").

Pengalaman berkursus di sebuah hotel di Pulau Mutiara, agak menyedihkan juga apabila ditarik laci ternampak Bible & ada bilik sahabat2 yang lain kitab Buddha, tapi tidak ada satupun sahabat2 yang menyatakan bilik mereka dibekalkan dengan al-Quran. tapi kami sepakat menyedapkan hati mungkin ada hikmahnya al-Quran tidak diletakkan semberono dalam laci bilik2 hotel kerana tiada siapa yang tahu siapa penghuninya?muslimkah dia? apa tujuannya?baikkah @ sebaliknya? tujuannya apa? jadi terpeliharalah kesuciannya. Rasanya perkara ini (menjumpai Bible) bukanlah asing bagi mereka yang sentiasa atau pernah mendiami hotel2 yang berbintang di Malaysia ini.

Selain Quran ada benda2 lain yang mungkin kurang diberi perhatian tetapi jika diteliti agak besar juga sumbangannya : iaitu sejadah (solat) & timba (wudhuk) Sepanjang pengalaman mendiami hotel2 di Semenanjung & Sarawak tidak ada satupun hotel yang menyediakan sejadah, apatah lagi al-Quran, cuma ada satu hotel di SP Kedah yang baru diambil alih pengurusannya. Tidak perlu mendail kesana-sini untuk meminta itu dan ini bagi kelengkapan beribadat sejadah & timba tersedia di loker2. Syabas!

Mungkin Pak Menteri boleh juga mencadangkan (selain dari al-Quran) perkara2 lain yang berkaitan dengan ibadat seperti timba & sejadah dan sebagainya disediakan tanpa perlu mendail ke sana ke mari.

Cuma satu harapan saya agar Quran yang dibekalkan (difahamkan diletakkan di laci2) itu dapat di jaga sedemikan rupa, hanya boleh diserahkan kepada mereka yang muslim sahaja! renunglah ayat ini : “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya” Surah Al Hijr 9. Allahuakbar!

2 comments:

irwanmiswan said...

ustaz....betul la....sy pown penah pegi hotel(alaupon xde r byk kali)..huhu...last sy g hotel mase tu ade ceramah ekonomi kt KL...hotel mewah gak..semua cukup...sy agak 4 bintang kot....tp mcm yg ustaz kater la....serba serbi canggih tp..sejadah takde..quran xde....

yuss yusoff said...

dulu masa ajar antum semua pernah juga melawak, mungkin suatu hari nanti ada sorang dua yang akan jadi mereka yang "berkuasa" memperbetulkan mana yang salah, menjelaskan mana yang kabur dan menimbulkan mana yang tenggelam.Insyaallah

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter