actions speak louder than words

Monday, November 24, 2008

Posted by yuss yusoff on Monday, November 24, 2008 in | No comments

Apabila banyak akhbar memaparkan tentang pengharaman yoga, pelbagai reaksi spontan yang diluahkan. Ada yang meraskan ianya satu keputusan tepat Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), sebahagian pula merasakan ianya kurang wajar berdasarkan kepada sejarah amalannya telah berlangsung sejak 3000 BC dan ada juga yang berhujjah tiada hukum sewajarnya diwartakan di Malaysia sebelum ini.

Walaupun pelbagai alasan yang diberikan namun, perlulah kita befikir sejenak tentang sebab musabbab pengharamannya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Pengerusi MFK Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, perkara ini telah diputuskan dalam Persidangan MFK kali ke 83 di Kota Bharu, Kelantan yang berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu. Ini adalah kerana mengambil kira beberapa faktor yang bersangkut paut dengan amalan yoga itu sendiri yang mempunyai 3 peringkat utama, di mana peringkat tertingginya adalah penyatuan dengan Tuhan, di mana ianya satu proses yang amat mustahil sekali boleh berlaku di dunia nyata ini bagi makhluk yang hidup di alam yang cukup berbeza dengan khaliq.

Beginilah malangnya umat Islam di Malaysia walaupun beberapa negara seperti jiran Singapura dan Mesir telah mendahului Malaysia dalam mengharamkan yoga ini, namun bagi mereka yang sentiasa beralasan dan menganggap semua perkara itu "harus" atas hujah-hujah yang hanya bersandarkan kepada akal yang maha lemah.

Perkara ini saya telah bualkan dengan beberapa rakan se"madrasah". Salah seorang sahabat saya yang berpengalaman belajar, bekerja dan tinggal di Jepun, mengatakan pihak berwajib MFK mungkin atau Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin, perlu menilai dan mengkaji semula amalan atau senaman yang dimestikan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Negara Matahari Terbit itu. Ini kerana amalan senaman itu adalah amalan yang bersangkut paut dengan amalan agama di Jepun.

Saya juga tertanya-tanya adakah amalan tarian seperti Loy Krathong di utara ini jika diamalkan oleh orang Islam juga membawa kepada hukum yang sama?

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter